Wednesday 24 September 2014

Pedicure , manicure kat Tini's SPA , best

Salam Rabu...,

Amboiii !!! sibuk sungguh cik tom ye, semenjak dua menjak ni  sampai nak update blog pun takde masa. Jangan marah nok. Hari ni cik tom nak bercerita tentang  aktiviti padicure & manicure  cik tom dengan cik yuyi  kat Tini SPA pada 16 september sempena cuti  Hari Malaysia hari tu.  Ekceli,sehari sebelum tu yuyi dah buat temujanji padicure & manicure dengan seorang akak yang spanya terletak di Giant Port Klang tapi last minute,yuyi cancel sebab akak tu terlalu banyak songeh & lemsss.

Sebelum cik tom bercerita dengan lebih lanjut tentang  padicure manicure, suka sangat cik tom nak bagitahu dengan kengkawan semua maksud padicure dan manicure. Pedicure adalah perawatan pada kuku kaki manakala manicure pulak perawatan pada pada kuku tangan. Itu je?  Bagi cik yuyi   20an yang pertama kali  nak   bertemu dengan bakal mak mertua sebelum tu haruslah berpadicure dan  bermanicure ye dak?.  Cik tom pulak  kerja noreh getah  dah  semestinya  banyak pakai  tangan dan kaki jadi kenalah buat padicure & manicure sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ha ha ha, kalau mak datin  dengar statement cik tom ni mesti bengangkan?
 
Welcome to Tini's SPA
Anak sulung  cik tom sedang mengisi borang maklumat diri sambil diperhatikan oleh  anak bongsu cik tom
Eh!! apa yang adik tengok tu?
Amboi, berseri -seri orang nak dirisik tu
Pulun habis
Adik sedang leka memerhatikan kami yang sedang berpadicure  dan bermanicure.


Pada pendapat cik tom , servis Tini's SPA ni okey. Para therapistnya comel  dan  montok belaka. Suasananya bersih dan nyaman, deconya hijau  sedap mata memandang  dan ruang dalamanya kemas dan tersusun cuma ada beberapa sebab yang menyebabkan cik tom  tak perlu datang ke Tini's SPA lagi : -

1) Cik tom dikehendaki mengisi borang maklumat diri sebelum memulakan rawatan.Tak suka! tak suka !tak suka!

2) Selepas mendapatkan rawatan Cik tom dikehendaki menulis review/komen berkenaan rawatan kak tom buat.Tak suka! tak suka! tak suka!

3)Cik  tom  rimas !!!!!!   dengan SPA  slimming & SPA yang jadi agent /pengedar produk.




Okey, pada sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan Tini's SPA, sila  kunjungi cawangan Tini's SPA yang berdekatan .

Tini's SPA
27A, Jalan Kristal K7/K,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor
Tel No : 03-55125388
~~~~~~~~~~~~~~
G17, Jalan Dagang B/3A,
Taman Dagang,
68000 Ampang,
Selangor
 Tel No : 03-42701292









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )