Wednesday, 10 September 2014

Berhujung minggu dengan Ayam percek sedap. Resepi ayam percek yang simple lagi sedap

7 September 2014,  Ahad.....selalunya tak keluar ke mana-mana . Hanya duduk di rumah menghabiskan masa bersama keluarga  .Tiada apa yang dapat membahagiakan hati  seorang ibu tua yang bekerja  melainkan  hanya dapat merehatkan diri barang seketika. Poyokan,,,bila ada peluang berehat di rumah tak reti-reti nak gunakan peluang tu.... ada je benda yang aku nak buat . Sampai kadang -kadang tu  yuyi naik rimas pantang aku bangun dia tanya aku nak ke mana.  Jangan salah paham,  cerita ni bukan nak menampakkan aku macam isteri yang rajin mengemas  dan menghias rumah bagai ye, bab tu semua  aku surrender !!. Bertuahlah  para  suami yang dapat isteri rajin mengemas  dan menghias rumah . Kalau bab masak memasak ,aku mengaku memang rajin memasak.Tak salahkan aku mengaku.ha ha ha 
RESEPI AYAM PERCEK
Bahan-bahan
1)Seekor ayam potong  4  (aku prefer beli ayam yang dah siap potong ikut bahagian)
2)tiga  sudu besar gula merah*
3)6 batang serai*
4)halia sebesar ibu jari*
5)1 sudu besar ketumbar*
6)6 ulas bawang merah*
7)5 ulas bawang putih*
8)1 sudu kecil serbuk kunyit*
Kisar bahan bertanda bintang hingga halus
9)3 sudu besar cili kisar
10)1 bungkus kecil  santan segar[kalau takde santan segar, boleh guna 1 kotak kecil santan kara]
11)asam keping sekeping
12)Garam secukupnya
Cara menyediakan
1)Bersehkan ayam. Buang segala lemak, dan darah beku pada ayam. Ketepikan
2) Masukkan ayam dalam kuali. Tuangkan bahan kisar,cili kisar dan asam keping  ke atas ayam ,kemudian tuangkan santan. Kacau hingga ayam sebati dengan ke semua bahan.

3)Renihkan kuah  dengan api perlahan hingga kuah pekat.


4)Angkat ayam dan letakkan di atas tempat pemanggang. Simpan baki kuah. Panggang ayam sambil melumur ayam dengan  kuah sehingga masak sepenuhnya .[kalau nak panggang guna oven pun boleh]
5) Hidangkan ayam percek bersama lebihan  kuah
   Bahan perapan  ayam percek
Sambal belacan cair, pedas sedap ni boleh juga dijadikan  sos pencicah ayam percek(khas untuk yuyi)
lebihan kuah aka  kuah percek
Ayam percek sebelum dicurah kuah percek nampak togelkan
Sayur  menu wajib , aku buat sayur campur versi  cik ina do do cheng.la la la la


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang