Thursday 28 August 2014

Juadah makan tengahari budak budak suka ; resepi ayam kicap sempoi & baby lettuce goreng bijan langkah demi langkah

Salam Khamis........................


Hari ni hari Khamis, esok hari Jumaat, tulat hari sabtu tulat lagi ahad, yeah yeah seronoklah hari sabtu, Ahad  tak kerja.Entahlah... semenjak kebelakangan ni aku dah macam bosan nak kerja.hurmm mungkin sebab duit aku dah banyak kot... sejujurnya bagi aku , jawapan tu  jawapan paling bangang yang boleh buat orang lain benggang.kah kah kah.  Aku sebenarnya  dah tak larat dah , tak tahu nak cakap macam mana. Tak payah cakaplah,kalau aku citer  pun bukan korang paham. Okeylah aku nak cerita pasal juadah makan tengahari yang aku masak sebelum pergi kerja pagi tadi. Aku masak dua lauk je ,ayam goreng kicap sempoi & baby lettuce goreng bijan

RESEPI AYAM KICAP SEMPOI
Bahan-bahan
1)(Campuran dada dan peha)12 ketul ayam yang dipotong kecik  kemudian perap ayam bersama dengan sedikit  garam, serbuk kunyit dan rempah kari selama 1/2 jam.
2)Tomato ceri 5 biji[dibelah dua]
3)4 ulas bawang merah[dihiris]
4)4 ulas bawang putih[dihiris]
5)12 tangkai cili api[dibelah dua]
6)Kicap kipas udang lemak manis secukupnya
7)Air secukupnya
Cara menyediakan
1)Gorang ayam hingga garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali,Tumiskan hirisan  bawang merah  dan bawang putih hingga garing.
3)Masukkan cili api dan tomato ,kacau sekejap.
4)Masukkan kicap kipas udang lemak manis dan air secukupnya[Kalau nak kuah lebih boleh lebihkan kicap]
5)Akhir sekali , apabila kuah kicap hampir pekat,masukkan ayam goreng tadi.Kacau sekejap kemudian angkat



Ayam kicap sempoi tapi sedap , yang penting budak budak suka

RESEPI BABY LETTUCE (YAU MAK TAM)GORENG BIJAN 
Bijan
 Bahan-bahan
1)Lettuce secukupnya
 2)1/2 sudu besar bijan
3)3 ulas bawang putih[dicincang]
4)Garam secukupnya
Cara menyediakan
1)Panaskan 1 sudu besar minyak masak ,tumis bawang cincang hingga naik bau
2)Masukkan bijan, tumis hingga naik bau
3)Masukkan baby lettuce, taburkan sedikit garam ke atasnya.Kaup balik kemudian angkat


Baby lettuce goreng bijan





Sejuk sejuk macam ni perut asyik  lapar je kan. Okeylah, cau dulu nanti ada masa mak update lagi.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )