Wednesday 27 August 2014

Juadah makan tengahari budak budak suka


Salam Rabu....


Tengah buat apa tu? Aku tengah buat buat kerja dan tengah  mengantuk giler. Huk huk huk, macam mana tak mengantuk ,pukul 12 tengah malam mata masih  terkebil -kebil,tangan asyik  tergaru-garu kaki ,pukul 2 -3 pagi baru dapat tidur ,itu pun tak cukup lena. Letihnya ,mengantuknya ,hanya Allah je yang tau. Itu yang gigih petang petang hari ni  share gambar juadah makan tengahari yang aku masak sebelum pergi kerja pagi tadi ,. sedikit sebanyak boleh gak menghilangkan rasa mengantuk kan.
Ayam masala (saki baki jamuan raya kat ofis  isnin hari tu)
Kailan goreng bawang putih
Ayam goreng rempah,cara-cara nak buatnya senang je. Perapkan ayam bersama garam, serbuk kunyit ,serbuk jintan manis dan serbuk kari selama 30 minit. Panaskan minyak  dalam kuali dan goreng ayam tadi sampai garing.









Satu benda yang aku perasan pasal jam ni, bila aku tengah giler mengantuk  lambat sangat jarum jam nak begerak ke angka 5.45 .sedih .Okeylah cau dulu.











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )