Sunday 31 August 2014

nasi kukus & sup tulang Tok Wan sedap



30 Ogos 2014,Sabtu, Puan aulia cikgu mengaji adik bagitahu yuyi dia tak dapat mengajar adik atas sebab-sebab tertentu. Adik tak mengaji ni bolehlah aku bangun lambat sikit.Dalam pukul 12,yuyi ajak pergi rumah dia.Biasalah dia tu , mana betah meninggalkan milo lebih dari 1 hari di bawah jagaan gula-gula hacks. Memandangkan aku tak sempat menyediakan juadah makan tengahari,yuyi singgah kat kedai tok wan tapau makanan  sebelum ke rumah dia.

Lepas makan dalam pukul 3,gerak dari rumah yuyi  pergi Shah Alam temankan dia ambik  barang tempahan pelanggan .Kebetulan pulak depan tempat yang dia ambik barang tu ada Hero Market. Sementara menunggu dia,sempat aku masuk Hero Market memborong sedikit barang basah dan  bahan kering . Dah setel semua terus balik ke rumah aku. Masa dalam perjalanan balik,dalam kereta yuyi pandang aku senyum.Dia cakap aku sempat lagi beli barang dapur sementara menunggu dia ambik barang . Aku cakap kat dia rugi ,lepaskan peluang ada.Dalam hidup kita ni selalunya peluang hanya datang sekali je  : )

Area rumah yuyi ni banyak tempat makan yang sedap sedap,salah satunya Restoran Tok Wan nasi kukus masakan ala kelantan.


Dah lama aku tak nampak tapai pulut dibungkus  dengan daun getah,tu yang tetiba saja hati  ni  jadi teruja nak makan tapai pulut.
Apasal lah adik ni gelap sangat?


Sup tulang Tok Wan terbaik,yang penting murah

Sambal cili untuk dimakan bersama sup tulang



Sup  tulang Tok Wan


Rembat sekali nasi ayam dan nasi kukus ayam rempah  Tok Wan


Sesekali makan  taugeh goreng campur  sawi okey jugak

















Suasana 2,Jalan Anggerik Vanilla 31/93
Shah Alam,Selangor,Malaysia

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday 28 August 2014

Juadah makan tengahari budak budak suka ; resepi ayam kicap sempoi & baby lettuce goreng bijan langkah demi langkah

Salam Khamis........................


Hari ni hari Khamis, esok hari Jumaat, tulat hari sabtu tulat lagi ahad, yeah yeah seronoklah hari sabtu, Ahad  tak kerja.Entahlah... semenjak kebelakangan ni aku dah macam bosan nak kerja.hurmm mungkin sebab duit aku dah banyak kot... sejujurnya bagi aku , jawapan tu  jawapan paling bangang yang boleh buat orang lain benggang.kah kah kah.  Aku sebenarnya  dah tak larat dah , tak tahu nak cakap macam mana. Tak payah cakaplah,kalau aku citer  pun bukan korang paham. Okeylah aku nak cerita pasal juadah makan tengahari yang aku masak sebelum pergi kerja pagi tadi. Aku masak dua lauk je ,ayam goreng kicap sempoi & baby lettuce goreng bijan

RESEPI AYAM KICAP SEMPOI
Bahan-bahan
1)(Campuran dada dan peha)12 ketul ayam yang dipotong kecik  kemudian perap ayam bersama dengan sedikit  garam, serbuk kunyit dan rempah kari selama 1/2 jam.
2)Tomato ceri 5 biji[dibelah dua]
3)4 ulas bawang merah[dihiris]
4)4 ulas bawang putih[dihiris]
5)12 tangkai cili api[dibelah dua]
6)Kicap kipas udang lemak manis secukupnya
7)Air secukupnya
Cara menyediakan
1)Gorang ayam hingga garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali,Tumiskan hirisan  bawang merah  dan bawang putih hingga garing.
3)Masukkan cili api dan tomato ,kacau sekejap.
4)Masukkan kicap kipas udang lemak manis dan air secukupnya[Kalau nak kuah lebih boleh lebihkan kicap]
5)Akhir sekali , apabila kuah kicap hampir pekat,masukkan ayam goreng tadi.Kacau sekejap kemudian angkat



Ayam kicap sempoi tapi sedap , yang penting budak budak suka

RESEPI BABY LETTUCE (YAU MAK TAM)GORENG BIJAN 
Bijan
 Bahan-bahan
1)Lettuce secukupnya
 2)1/2 sudu besar bijan
3)3 ulas bawang putih[dicincang]
4)Garam secukupnya
Cara menyediakan
1)Panaskan 1 sudu besar minyak masak ,tumis bawang cincang hingga naik bau
2)Masukkan bijan, tumis hingga naik bau
3)Masukkan baby lettuce, taburkan sedikit garam ke atasnya.Kaup balik kemudian angkat


Baby lettuce goreng bijan





Sejuk sejuk macam ni perut asyik  lapar je kan. Okeylah, cau dulu nanti ada masa mak update lagi.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday 27 August 2014

Juadah makan tengahari budak budak suka


Salam Rabu....


Tengah buat apa tu? Aku tengah buat buat kerja dan tengah  mengantuk giler. Huk huk huk, macam mana tak mengantuk ,pukul 12 tengah malam mata masih  terkebil -kebil,tangan asyik  tergaru-garu kaki ,pukul 2 -3 pagi baru dapat tidur ,itu pun tak cukup lena. Letihnya ,mengantuknya ,hanya Allah je yang tau. Itu yang gigih petang petang hari ni  share gambar juadah makan tengahari yang aku masak sebelum pergi kerja pagi tadi ,. sedikit sebanyak boleh gak menghilangkan rasa mengantuk kan.
Ayam masala (saki baki jamuan raya kat ofis  isnin hari tu)
Kailan goreng bawang putih
Ayam goreng rempah,cara-cara nak buatnya senang je. Perapkan ayam bersama garam, serbuk kunyit ,serbuk jintan manis dan serbuk kari selama 30 minit. Panaskan minyak  dalam kuali dan goreng ayam tadi sampai garing.









Satu benda yang aku perasan pasal jam ni, bila aku tengah giler mengantuk  lambat sangat jarum jam nak begerak ke angka 5.45 .sedih .Okeylah cau dulu.











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday 26 August 2014

JJCM hujung minggu ; Sate Kajang Haji Samuri

 Salam Syawal..............................



Apa khabar kengkawan semua.Harap semua baik-baik belaka.Kalau tak baik,baik- baikkan jelah ye dak. Entry ni patutnya semalam nak letak,tapi memandangkan semalam seharian aku  menyibukkan diri dengan jamuan raya di ofis maka terpaksalah  ditunda ke hari ni. Bajet,  orang  luar disana tengah tunggu entry aku . ha ha ha , sebenarnya bukan ada cerita best cuma cerita pasal sate je pun . Saper suka makan sate Kajang? Angkat tangan.  Dah lama rasanya tak makan sate Kajang Haji samuri. Seingat aku kali terakhir aku makan   Sate Kajang Haji Samuri   5  tahun lepas kat Bukit Tinggi Klang dengan rakan ofis .Selang beberapa tahun aku dengar cerita cawangan Bukit Tinggi  tu tutup. Tup tup dengar cerita  Haji Samuri  bukak  cawangan baru kat seberang Aeon Jaya Jusco Bukit Tinggi . Sebenarnya aku cadang nak makan Sate Kajang kat  cawangan baru tu  hari Jumaat tapi memandangkan dua hari sebelum tu  yuyi dah pulun makan Sate Kajang makanya sesi makan Sate Kajang kena ditunda ke hari minggu.Hari minggu tu kami  sampai kat Restoran Haji Samuri lebih kurang pukul 4 petang.OMG yang baru ni  sangat berbeza dengan Restoran Haji Samuri cawangan  bukit Tinggi Klang  yang dah tutup tu.Seingat aku yang  tutup tu takde self service, okey je self service tapi sebelum buat self sevice tu pastikanlah dulu  bekas minuman dan kedudukan kerusi meja makan kita tu bersifat  mesra pengguna. Apa apa pun tak dapat dinafikan ,Sate Kajang Haji Samuri sedap,lembut dan  rempahnya  terasa . Apa kena dengan  aku ni , dah lama tak update,sekali update mula lah  ayat aku  macam kel.
Adik sedang menunggu nasi goreng kampungnya sampai. Masih lagi nak makan nasi walaupun majoriti orang kat sini makan sate,ada adik kesah : )

Sate daging,sate ayam,sate perut  RM0.80sen/cucuk, pilih je  yang mana korang suka ,semuanya ada di Sate Kajang, Haji Samuri.Tetiba rasa sakit hati  ,apa rasionalnya kebanyakkan peniaga  sate kat area flat berdekatan dengan  rumah aku  ni letak harga sate sampai   RM0.80sen /cucuk




Okeylah ,cukup setakat ni je InsyaAllah nanti ada masa aku sambung.Akhir kata sokonglah sate tempatan : )







Sate Haji Samuri
Lokasi : Seberang jalan  dengan Aeon Jaya Jusco Bukit Tinggi Klang ,alamat lengkap  tidak dapat dikenal pasti,









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday 18 August 2014

Jom gi Spicy Crab makan seafood


Salam Syawal.......


Sabtu hari  tu adik mula masuk kelas mengaji selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Masa cuti raya ,semua orang bergembira hingga lupa apa yang ustazah pesan,,makanya terpaksalah ustazah suruh adik  buat warming up balik.

Jarak kelas mengaji adik dengan rumah yuyi tak jauh ,jadi sementara menunggu adik habis kelas aku lepak kat rumah yuyi . Lepak habis,,,,aku perasan ,semenjak adik mula masuk kelas mengaji ni aku dah jarang masak.Sajekan, sementara menunggu adik habis kelas boleh je kalau nak masak tapi  biasalah aku ni bila dah  lepak  rumah yuyi aura nak masak tu macam kureng je. Yang bestnya bila aku tengah takde  aura nak masak,yuyi ajak makan kat luar, haishhh macam orang mengantuk disorongkan bantal.Laju je,"mak nak itut,"cakap sambil hentak -hentak kaki.

Selepas ambik adik balik dari kelas mengaji, sambung lepak  rumah yuyi. Lebih kurang pukul 3 petang , yuyi bawak kami makan kat Spicy Crab .Ni kali pertama aku makan kat sini , Yuyi dengan gula-gula hack  dah selalu,pertama mungkin sebab Spicy Crab ni tersangatlah dekat dengan rumah dorang ,kedua mungkin sebab ketam. Kah kah kah.Jangan tak percaya,,bila google banyak blog yang buat review pasal spicy crab ni. Aku salute lah dengan orang di luar sana yang sanggup datang ke Kota Kemuning ni semata-mata nak makan kat Spicy Crab,syabas bete : )


Anak sapo lah tu

Apalah dorang tengok tu


Bandung,chinese tea,sky juice

Sayur yau mak tam & cencaluk


Ketam sweet sour

Ayam masak madu


Udang nestum


Ikan pari nyonya asam pedas


Musscle cheese









Lokasi : Restoran Spicy Crab
19,Jalan Anggerik Vanilla,X31X
Kota Kemuning
40460 Shah Alam
Selangor











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jom gi Johnny makan steamboat

Salam syawal........

Jumaat hari tu,yuyi ajak aku dengan Firdaus pergi makan steamboat kat Johnny Jaya Jusco Bukit Raja. Orang ajak makan,takkan aku nak cakap tak nak  lebih-lebih lagi kepada steamboat sah sah feveret aku tu. Pesanan untuk gula-gula hack ambik bau jelah  kat skrin monitor hp tu,saper suruh tak ikut yuyi.

Meskipun dah hampir 6 tahun aku berblog namun perasaan malu sentiasa menyelubungi diri tatkala nak merakam gambar keluarga di tempat awam lebih-lebih lagi didepan restoran. Keluar dari Johnny,pandang kiri pandang kanan macam lengang je takde orang. Wah itulah namanya peluang keemasan,terus keluarkan hp dan ambik gambar.



Mangkuk,sudu,garpu,senduk ,,,blogger mah

Adik tak pernahlah tak senyum depan rezeki


Muka pendiet  khabo semakin runcing sekarang ni.


Apasal adik buat muncung?



Ayam steam untuk adik

Salmon wajib order


Kalau pergi makan kat Johnny tak cuba kailan goreng ni, memang satu kerugian besar.









Okey,ta ta ti tu,nanti jumpa lagi. Sebagai penutup bicara marilah kita hayati erti slogan , majulah sukan untuk negara.










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday 16 August 2014

Ikan parang goreng cili,langkah demi langkah : koleksi juadah kegemaran keluarga

Salam Syawal..........


Sebenarnya entry ni aku dah update sehari lepas tapi entah apa yang aku dah tekan terus hilang.Sedih tu memanglah rasa sedih tapi nak tak nak kehidupan harus diteruskan.ha ha ha
ha.Demi korang semua gigih aku taip entry yg hilang tu semula  :)



Gaul  ikan parang dengan sedikit garam dan rempah kari hingga sekata. Perapkan selama 1/2 jam atau sejam supaya rempahnya meresap.

Cili api ,bawang merah dan bawang putih antara bahan penting untuk membuat ikan parang goreng cili selain daripada sos cili, sos tomato dan sos tiram.


Tamak  yang dibenarkan

RESEPI  IKAN PARANG GORENG  CILI
Bahan-bahan
1)6 ketul ikan parang [Isi ikan dibersehkan dan dipotong menyerong.Gaul  ikan parang dengan sedikit garam dan rempah kari hingga sekata. Perapkan selama 1/2 jam atau sejam supaya rempahnya meresap. 
2)10-15 tangkai cili api[kisar kering hingga halus]
3)4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah kecik [kisar kering hingga sederhana halus ]
4)3 sudu besar sos tiram
5)2 sudu besar sos cili
6)2 sudu besar sos tomato
7)air
8)Gula secukupnya
Cara menyediakannya 
1) Goreng ikan parang hingga garing.Ketepikan.
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang kisar hingga naik wangi dan agak garing
3)Masukkan cili api , tumis hingga pecah minyak
4)Bila dah pecah minyak , masukkan gula,sos tiram,sos cili dan sos tomato diikuti dengan sedikit air.Tumis sekejap.
5)Akhir sekali masukkan ikan parang goreng dan  kacau sekejap dalam seminit.
6)Tutup api dan sedia dihidangkan.



Ikan parang goreng cili,yummy dihidang dengan nasi panas







Okeylah,cukup setakat ni je. Perut pun dah berkeroncong.Moh lah kita makan......




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday 13 August 2014

koleksi juadah kegemaran keluarga ; Juadah bahaya

Salam Syawal......................


Masak  tumis air telur campur suhun fucuk, ikan kembung goreng, bendi celur cicah sambal belacan cair juadah makan malam kami dua hari lepas  ianya memang juadah bahaya. Bahaya di situ bukan bermaksud  juadah tu  beracun ke,, makan mati ke, pengsan ke .bahaya di situ  bermaksud juadah yang boleh membuat kita   makan bertambah-tambah sampai tak henggat doniya. Dan bertambah bahaya lagi kalau sipemakan dah berumur, metabolisme dah makin kurang 1 jari menuding kat orang lain ,4 jari lagi menunjuk  ke arah aku, takpe ,tuding 1 jari kat orang lain, lagi better tak payah tuding jari kat orang lain. Setiap apa yang berlaku,kita kena muhasabah diri, cuba cuba check diri kita. Lain kepala lain ekor, ko ado.

Juadah bahaya
 
ikan kembung goreng,part selar tu kasi lebihkan  supaya  isi dalaman ikan  garing sama seperti  luaran ikan.

Tumis air telur  campur suhun fucuk,senang jelah masaknya.Jika nak  resepi boleh google resepitumisairtelurmantap

bendi celur,yummy cicah dengan sambal belacan cair
 Sambal belacan cair,yang sedang sedang saje pedasnya





Cukup setakat ni je, akhir kata  pesanan aku untuk diri aku sendiri dan juga rakan taulan di luar sana "makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang" huk huk huk













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tepung goreng ranggup zaman sekarang VS tepung goreng original dolu dolu

Salam Syawal.........................

Saper suka makan goreng pisang ???angkat tangan. Saper suka makan goreng pisang cicah sambal belacan?? Jangan ketawa ye..yang suka makan goreng pisang cicah sambal belacan tu akulah orangnya. Okeyy. Aku nak tanya  ni, korang kan, kalau goreng pisang ke keledek ke keladi ke korang prefer guna  tepung goreng ranggup ke atau tepung goreng original dolu dolu (tepung gandum plus tepung beras)? Kalau aku lah kan, aku prefer guna tepung goreng original dolu-dolu,  sebabnya
1) Aku tak berapa reti nak bancuh tepung goreng ranggup
2)Tak berapa suka serdak- serdak goreng pisang
3)Entahlah, aku rasa tepung goreng ranggup macam banyak serap minyak
Tapi apa apa pun tepuk dada tanya selera, semua tu terpulang pada selera masing-masing.Setiap orang selera berbeza -beza jadi  please lah  respect each other selera , barulah cool
*please respect omputih tahap A level aku *


 Aku dengan bangganya mengunakan tepung gandum bunga cempaka.Wahai blue key , cap sauh ampunkanku.

Berhati-hati memilih pisang. Pisang yang comel , berkulit halus mulus tidak semestinya  menjanjikan rasa pisang yang sedap manis dan lemak berkrim .Kadang-kadang  pisang yang tak berapa nak comel dan berjeragat tulah yang sedap tapi yang pasti sekarang ni, susah dah nak dapat pisang mentah especially pisang nangka.

 Bancuhan tepung goreng pisang original dolu dolu


Bahan -bahan
1)Tepung gandum
2)Tepung beras
3)Sedikit garam
4)Sedikit gula
5)air
Kuantiti tepung bergantung kepada kuantiti pisang
Cara menyediakannya
1)Satukan  kesemua bahan ke dalam satu bekas
2)Bancuh dengan air hingga mendapat kepekatan sesuai



Petang minggu tu kan hujan,perghh sedap gilerrr waktu hujan  makan goreng pisang.


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday 12 August 2014

Riang ria di Wet World Shah Alam ; Cuti cuti Hari Raya Aidilfitri 2014

Salam Syawal....................

Tak puas  berendam kat sini, sambung berendam pulak kat Wet World Shah Alam hari sabtu  9hb  tu . Akak dan  adik ni  memang suka berendam dalam air. Tak tahu nak cakap apa dah ,selagi tak puas  berendam selagi tulah dorang duduk berendam sampai kecut -kecut kaki tangan. Itulah habit dorang.




 
hye kengkawan!! saya sekarang ni  berada di Wet World Shah Alam .Adik buat muka bangga


Dulu lain sekarang lain, dulu aku & family santai   ditepian kolam, sekarang dah semakin upgrade  santai dalam pondok bertirai langsir jarang kaler putih, ko ado. Murah jugak lah pondok bertirai ni, kalau nak bandingkan dengan  pondok nun di atas  RM200 sehari.
saya askar,sila takut
Soalannya Cup apa adik pakai??
Walaupun aku tak mandi tapi aura kebulur lepas mandi  berjangkit kat aku.

Saper beli set memang untung ahhhh,nasi goreng/nasi lemak/ mee goreng/bihun  goreng  RM7.50/pax termasuk 1 botol  air mineral atau setin air  minuman (terpulang pada kehendak masing-masing) & Ayam ala ala kehepsi RM4/seketui. Kalau nak dibandingkan dengan harga makanan di Taman tema   (censored),aku rasa harga  makanan di sini masih  boleh diterima akal lagi. Cuma yang aku tak puas hati kat sini takde jual kerepek pisang dan kerepek ubi pedas,,,,haishh dari first raya sampai sekarang belum dapat lagi merasa kerepek kegemaranku.Kasihankan aku.Entah kenapa hari raya tahun ni  aku rasa sepi je sepi tanpa kerepek kerepek...

 Sampai kat sini pun tetap nak makan fun fries .Tak tahu lah apa masalahnya
Set jangan tak set   mee goreng & bihun goreng RM7.50/pax  termasuk air minuman.
Tak  sampai 1/2 jam mandi mama dah bosan,terus naik  dan stay dalam pondok sampai balik. Relax habis aku hari tu, makan , tidur sambil cuci mata tengok orang mandi manda. Lokasi pondok aku  strategik untuk dijadikan port skodeng : )



Wow, sungguh menakjubkan ,produk pengelapan sekata ,bukan je selamat ,tapi berkesan.!!!






Wet World Shah Alam
Persiaran Dato Menteri
Seksyen 2
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
  
Bayaran Masuk
Hari : Isnin, Selasa , Khamis dan Jumaat
Hari : Sabtu, Ahad, Cuti sekolah& Cuti Am

Ketinggian  90cm hingga 130cm = RM16.00
Ketinggian melebihi  130cm ke atas = RM20.00

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )