Thursday 5 June 2014

Resepi tauhu sumbat daging ayam ; langkah demi langkah ; koleksi juadah kegemaran keluarga


Syukur Alhamdulillah, lega,, akhirnya malam tadi bertempah juga baju kurung aku dengan jiran depan rumah. Rasa macam lama sangat  tak tempah baju kurung, last aku tempah    tahun 2010  dengan orang yang sama. Ekceli  lama dah  yuyi bagi kain suruh aku tempah buat baju kurung.Entahlah aku ni , dari sehari ke sehari tak pergi pergi tempah.Tapi bila yuyi asyik tanya-tanya je pasal kain  naik segan dibuatnya  .Tak boleh jadi, petang semalam lepas balik keja terus buat temujanji dengan jiran depan rumah aka tailor untuk sessi tempah & sessi ukuran badan .Seperti yang dijanjikan tepat kul 9.30 malam  aku ke rumah tailor ditemani adik .Sampai sampai je depan pagar rumah dia,aku macam tak sedap hati. Baru sampai depan pagar, tu  ,sampai depan pintu rumah  aku terus pengsan OMG aku nampak jiran bersama 3 orang kawannya  sedang berbincang pasal bisness MLM. Nak lari tak boleh kaki aku dah jejak depan pintu rumah dia. Nak tak nak terpaksalah masuk . Benda yang paling aku tak suka ,  terpaksa duduk dengar ceramah MLM. Kepada kaki MLM, aku bukan nak kutuk kata MLM tak bagus cuma aku benci orang cite pasal duit, kaya, cari kaki kiri kaki kanan,cari downline upperline,tambah income, bla bla bla.frankly speeking ....aku tak pernah bercita-cita nak jadi kaya. Seriouslly,  dah lama tak down gilerrrrr macam malam tadi. Aku rasa macam nak lempang je muka pompuan yg berceramah   tu, aku dah cakap  nak balik cepat ,kalau nak join aku call dia ntahlah dia tak paham  paham terus nak  explain  bla bla bla. Hati tengah panas tetiba  telinga ni sayup sayup terdengar lagu tema samarinda  "Masihkah ada Cinta". Apa lagi pelan pelan aku bangun sambil bersalaman dengan semua kat situ."Adik jom balik,"sambil tarik tangan adik. "Minta maaflah semua,minta diri dulu.Tak boleh lama ni,nak balik masak." .Kah kah kah tetiba aku nak  masak pukul 10.30 malam gilerrr

Berbalik pada tajuk entry ;  percubaan pertama membuat tauhu sumbat daging ayam .syabas bete 80 % berjaya.Apa tunggu lagi ambiklah resepi. Jangan malu-malu jangan segan-segan  sudi sudikanlah mencuba tauhu sumbat daging ayam ni

RESEPI TAUHU SUMBAT DAGING  AYAM
Bahan-bahan
1)Pisau besar lagi tajam untuk mencincang serta melumatkan isi ayam[saper yang rumahnya ada pengisar boleh lumatkan ayam guna pengisar] #seramjepisautu
2)Suku batang carrot dipotong dadu
3)Dua keping dada ayam dibuang tulang dan dicincang lumat. Gaul isi ayam yang telah dicincang lumat tadi dengan kicap cair dan lada sulah.Kalau takde kicap cair boleh ganti dengan garam.
4)4 keping tauhu(sekeping tauhu belah dua(menjadi segitiga).Keluarkan sedikit isi ditengahnya agar ada tempat untuk menaruh inti.Ketepikan lebihan isi tauhu
5)2 tangkai daun sup diracik halus.  halus ke tu?
6)1 biji bawang besar sederhana besar dipotong dadu
7) Sebiji telur dipukul dan campur dengan sedikit garam.(untuk menyalut tauhu)
Cara menyediakan inti daging ayam
1)Panaskan satu sudu besar  minyak masak yang telah dicampur sedikit minyak bijan, tumis bawang dadu hingga naik bau.
2)Masukkan carrot , daun sup serta isi ayam, kacau hingga carrot dan isi ayam masak sepenuhnya. Kalau rasa macam  tawar , boleh perasakan dengan sedikit Garam atau kicap cair lagi
3)Angkat dan biarkan  sedikit sejuk sebelum disumbat ke dalam tauhu

inti daging  ayam ready untuk disumbat ke dalam tauhu
Cara menyediakan tauhu sumbat daging ayam
1)Sumbatkan inti daging ayam ke dalam tauhu yang telah dibelah tadi, kemudian tepekkan  lebihan isi tauhu ketasnya.
2)Salutkan tauhu dengan telur sehingga rata litupnya
3)Masukkan dalam minyak yang panas dan goreng sehingga berwarna keperangan.Goreng hingga habis.
4)Angkat dan sajikan bersama sos pencicah
Tauhu sumbat daging ayam ni sedap dimakan bersama sos pencicah
my tauhu sumbat daging ayam yang seksi[saja nak interframe 2 kali]

RESEPI SOS PENCICAH TAUHU SUMBAT ISI AYAM
Bahan-bahan
1)15 tangkai cili kering[rendam dalam air panas dan kisar halus]
2)3 ulas bawang putih[kisar halus bersama cili kering]
3)Garam , gula dan serbuk  perasa secukupnya
4)3 sudu besar sos tomato kalau tak de pun tak pe[boleh diganti dengan sedikit cuka atau air asam jawa]
5)Sedikit bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan  sos pencicah[1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan suku  cawan air]
6)Air secukupnya[lebih kurang  600ml]
Cara menyediakannya
1)Satukan semua bahan kecuali bahan no 5 ke dalam periuk.Biar agak mendidih.Kalau boleh guna api kecik dan sentiasa dikacau ye
2)Sebelum diangkat ,  masukkan bancuhan air tepung jagung.Kacau sekata
3) Tutup api dan angkat
Jemput makan, tauhu sumbat  daging ayam















Okeylah.,,, cukup setakat ni je, akhir kata makanlah tempe & tauhu setiap hari untuk awet muda, bukan aku cakap , khir toyo cakap.








Tarikh : 3 June 2014, Selasa
Lokasi : Rumahku syurgaku











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )