Tuesday 13 May 2014

JJCM ; Thai fried rice black canyon coffee sedap dimakan bersama cabai burung



Hari jumaat hari tu yuyi ambik aku balik kerja,lepas tu yuyi terus bawak aku pegi sekolah adik  ambik adik balik sekolah .Memandangkan masa tu hujan renyai,kilat petir  berdentum dentam ,cadang aku nak terus je balik ke rumah . Entahlah aku ni dari kecik sampai dah ke tua masih takut dengan petir dan kilat. Tapi tak pelah , alang alang dah kat luar baik terus pergi  cari buku latihan B.Arab  & PI adik. Bila aku tengok adik,hati macam tak best pulak nak heret adik pegi JJ dengan berseragam sekolah ,kebetulan masa tu yuyi ada bawak seluar dan baju adik yang baru dibelinya tempoh hari hehehe terus aku suruh adik salin seragam sekolah.Muka adik berubah masam bila aku suruh dia salin seragam.Ada aku kesah. Alah budak lelaki  ni mudah & cepat  je bila bab salin menyalin ni : )

Sampai je JJ terus bawak adil pegi makan kat Black Canyon .

Ni namanya muka redho...ha ha ha .Jasmeen tea itu mewakili seorang ibu tua bernama Cik ina do do cheng.kah kah kah
Adik dengan makanan kegemarannya American fried  rice. Lempeng segitiga tu tolong main jauh jauh, tak de maknanya  adik nak makan.

Nasi goreng belum sampai lagi  yuyi  dah get ready dengan cili..seriously pedas,ni bukan cili api biasa ni cabai burung  ko.  Korang tengoklah sendiri emosi seorang peminat cili tegar.
Thai style fried rice sentiasa menjadi pilihan aku & yuyi
Setiap kali  kitaorang  makan kat  sini tak sah kalau tak order stir fried mixed vegetable in oyster sauce, buat gelik gelik

Kelakar adik.....sampai rumah dia terus keluarkan  kad mother's day dari dalam beg sekolah lepas tu datang kat aku sengeh sengeh hulur kad  ,konon suprise lah tu. Thanks adik & akak.I lap u so much.















Tarikh : 9 May 2014, Jumaat
Lokasi : Restoran Black Canyon Coffee, Jaya Jusco Bukit Tinggi












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )