Saturday, 12 April 2014

Koleksi sarapan kegemaran keluarga ; resepi nasi goreng kampung awesome

Apa nak jadi dengan makcik cleaner ni, sejak berinstagram pemalas nak update blog. babab  kang baru tau. Blog makcik  dah fofular nak oiiii  , jadi tak perlulah nak update setiap hari.*tutup mata katup telinga tangan hisap curut* Janganlah sentap dengan statement aku. Saper yang dah lama mengikuti blog nie mesti dah faham dengan perangai aku  tapi pada yang baru mengikuti  blog  nie .. "Welcome to my blog caca marba" sure  belum tahu perangai sebenar aku kan...okey first sekali  nak bagitahu ,  aku suka makan nasi goreng kampung dan second aku suka  masak nasi goreng kampung. Sudi- sudikanlah cuba resepi nasi goreng kampung awesome aku nie...

Resepi nasi goreng kampung awesome
Bahan-bahan 
1)nasi sejuk[Gaul lebih kurang 6 cawan nasi dengan sedikit garam]
2)5 ulas bawang merah & 4 ulas bawang putih [dikisar kering]
3)15 tangkai cili api [dikisar kering]
4)Segenggam ikan bilis[basuh, tuskan airnya dan dikisar sederhana halus]
5)2 biji tomato[dipotong 6 bahagian]
6)3 biji telur
7)garam dan serbuk perasa secukupnya jika suka
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang kisar hingga naik bau
2)Tumis cili api kisar hingga pecah minyak
3)Masukkan ikan bilis kisar diikuti dengan tomato, tumis hingga  agak layu dan naik bau
4)Pecahkan telur, kacau hingga garing
Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau ya
5)Masukkan nasi sejuk yang telah diderai, gaul sekata dan goreng , goreng hingga keluar aroma harum nasi goreng kampung awesome ko ado,masa mengoreng guna api besar ye kengkawangku semua. *mata pejam tangan pegang sudip*
6)sebelum angkat bubuh sedikit serbuk perasa ,pandai -pandailah stabilkan rasa ye


nasi sejuk
Goreng nasi  hingga keluar aroma harum ye


My bento aka lunch box yang awesome *mata pejam tangan pegang bento*













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang