Friday 25 April 2014

Koleksi Juadah kegemaran keluarga ; Resepi ayam goreng sos tiram ; langkah demi langkah

Hye kengkawan,mari ambik kesempatan update blog kejap. Disebabkan ada yang request resepi ayam goreng sos tiram ni aku cubalah jugak  untuk meluangkan masa mengupdate blog aku yang berapa best ni.hehehe. Adik mariya jangan lupa cuba tau resepi ni,nanti bila dah masak jangan lupa hantar kat cik ina cikit ye..Jangan marah  , makcik celaner   saje je  gurau gurau


  
Sos tiram jenama maggi  adalah diantara sos tiram kegemaran aku selain daripada sos tiram jenama LIFE

Resepi sawi batang putih goreng fishball

 Bahan-bahan
1)3 pokok sawi batang putih[dicuci berseh dan disiang kemudian tuskan]
2)4 ulas bawang putih[dikupas kulit dan dicincang sederhana halus]
3)6 ketul fishball kecik[dibelah dua kemudian potong kecil]
4)dua sudu besar sos tiram
5)Air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Panaskan 1 sudu besar minyak masak yang dicampur dengan sedikit minyak bijan, tumis bawang putih hingga agak garing
2)Masukkan fishball, tumis sekejap
Masa menumis guna api kecik dan sentiasalah dikacau ya
3)Masukkan sawi , goreng secara kaup balik mengunakan api kuat  sekejap.Kemudian masukkan sos tiram , kacau sekejap
4)Sebelum diangkat masukkan sedikit air
 
 Sawi batang goreng  fishball

RESEPI AYAM GORENG SOS TIRAM
 
Bahan-bahan
1) Separuh ekor ayam dipotong sederhana besar[dicuci berseh]
2)*5 ulas bawang merah[dihiris 
3)*4 ulas  bawang putih[dihiris]
4)*Sedikit bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
5)*2 cm halia[dihiris bulat-bulat]
6)10 tangkai cili padi[dibelah dua]
7)1/2 sudu kecil gula
Masa menumis guna api kecik dan sentiasalah dikacau ya
8)3 sudu besar air asam jawa
9)3 sudu besar sos tiram 
10)1/2 cawan air


 Ayam yang telah siap digoreng
Cara menyediakannya

1)ayam digaram kunyit dan digoreng garing.Ketepikan
2)Panaskan dua sudu besar minyak masak yang dicampur dengan sedikit minyak bijan, tumis bahan  bertanda bintang hingga naik wangi dan garing
3)Masukkan sos tiram kacau rata , kemudian masukkan  air asam jawa ,cili padi dan gula.Biar mendidih sekejap
4)Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata
5)Sebelum diangkat masukkan 1/2 cawan air.
 
Ayam goreng sos tiram






Tarikh : 25 April 2014, Jumaat
Lokasi : Rumahku syurgaku





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )