Thursday, 13 March 2014

Misteri Kehilangan Pesawat Boeing MH370 ; Kembalilah kita kepada maha Pencipta ; entry yang sedikit berilmiah

Sebenarnya , aku tak tahu nak komen apa  pasal  pesawat MH370  yang dikatakan hilang  sabtu lepas  , cuma boleh aku katakan, marilah  kita sama-sama  renung kembali ,muhasabah diri kembali ,perbetulkan niat, perbetulkan diri kita , apabila kita  tersedar akan kekhilafan kita sewajarnya kembali semula kepada maha pencipta .Di sini aku suka nak  memetik  kata-kata  Kapten Norudin Abdul Majid

"Allah menghantar peristiwa  MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya. Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan dia berkuasa ke  atasnya .Allah SWT berkuasa meletakkan manusia dimana sahaja. Dimana sains berakhir di situ kuasa Allah bermula"

~Fikir-fikir dan renung-renungkanlah~



Pulau Indah 8.30 pagi ni ; Tak mustahil MH370 landing kat sini ,jika Allah SWT kata Kun Fayakun  tiada siapa yang dapat menghalangnya  ye dak.
Tadi pagi brekpes makan roti canai kat Pulau Indah dengan rakan  ofis. Masa nak bayar aku nampak goreng pisang kat kedai sebelah tetiba aku kecur air liur .Dah lama tak makan goreng pisang .Aku pun   terus tanya budak pompuan   kat situ  "dik macam mana kira pisang tanduk ni?  Dengan spontan budak pompuan tu jawab "owhh ni pisang buluh bukan tanduk."   "ye ke dik, ni first time akak dengar   nama pisang  buluh."  Aku dengan rakan ofis saling berpandangan.


Balik ofis terus google "Pisang Buluh"   owhhh really , this is pisang Buluh , mesti korang macam nak tampau muka aku kan?.






Tarikh : 13 March 2014 Khamis
Lokasi :  Pulau Indah Pelabuhan Kelang






#PrayForMH370  #DoaForMH370  mengambil semangat Juruterbang pesawat Mas Boeing 777  MH 370  Kapten Zaharie Ahmad  dan Pembantunya Kapten Fariq Ahmad Zahari   .Cita-cita adik hendak jadi Juruterbang, sama-samalah kita doakan cita-citanya menjadi nyata  : ) #PrayForCitaCitaAdik #juruterbang #pilot







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang