Sunday, 30 March 2014

Masakan air tangan anakanda ; light cheese kek,cheese kek






Ekceli yuyi bawak 4 ketoi kek tapi sebelum aku sempat ambik gambar  somi  dah bedal coklat cheese kek(tak de dalam gambar diatas)

Tiada kata yang dapat mengambarkan perasaan aku ketika yuyi menghulurkan beberapa potong cheese kek hasil air tangannya kat aku petang semalam. Really OMG, is my  anak bake,ha ha ha  mesti korang nak tampau aku kan. Rasanya nilah kali pertama aku merasai kek hasil air tangan anakanda tercinta.  kalau tak silap akulah.  Tetiba hati mak kembang kuncup ibarat pokok semalu, cantiknya kek rasa sayang nak makan. Anak aku  yang sengal ni,semua benda dia nak belajar.Kalau tak silap aku 4 bulan lepas dia belajar english, sekarang ni dia belajar tajwid dengan baking kek ,fondant  lepas ni  entah apa pulak lagi dia nak belajar.Aku hanya mampu geleng kepala mengenangkan kesengalan anak aku yang sorang ni.
   










Tarikh : 29 March 2014, Sabtu
Rumahku syurgaku






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang