Wednesday, 12 March 2014

Entry yang sangatlah berilmiah, rugi tak baca ; Koleksi resepi kegemaran keluarga

Happy birthday to me....Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki .Tak sangka pejam celik pejam celik kita dah melangkah ke  12 March 2014, bertambah umur  aku tahun .Sedar tak sedar  usia aku dah berganjak ke  28 tahun ,itu kalau ikut umur kat facebook.ha ha ha ha .Kepada rakan -rakan facebook , rakan-rakan blogger ,  Miloais, YB Yunus Badawi(aku jawab kat sini ,yes YB  I sentiasa lebih muda dari Miloais ,  he he he okey happy besday juga kepada YB semoga sentiasa diberkati Allah SWT), Kakcik Nur ,Eka Hafizy, Kak Limah  yang sentiasa hantu, Siti Zainon, Citarasa Riduan, Dr.Faiz, Aini Omar.. jenuh  nak sebut nama blog dan nama rakan facebook satu persatu, aku petik yang mana  sempat je. Terima kasih wish ulangtahun kelahiran makcik tempe. I love uolls!!!!!!.

Mana-mana  blogger yang telah mengwish ulang tahun kelahiran aku  di facebook tapi nama blognya tak kumention diatas, janganlah merajuk dan berasa kecik hati. Hauk aloh hauk aloh anda memang peminat Hanez Suraya No. 1   opssss makcik tempe no 1 , nah makcik bagi hadiah, cer...~ tutup mata......jeng jeng jeng

Nyanyi ramai-ramai Allah selamatkan kamu, Allah  selamatkan makcik tempe, .......mari kita pakat  ambik sorang sepotong


Lepas perut kita dah kenyang apa kata kita masak nak.................. masak timun goreng je this is my family favourite*muntah* Teringat pagi tadi masa nak bagitahu adik yang aku  nak pergi kerja

Aku : adik!!!! mak pegi keja dulu ye,nanti jangan lupa makan . Ahhh, hari ni harijadi mak, sebelum mak pegi keja tak nak cakap "happy besday" kat mak ke?


Adik: harijadi mak, kenapa mak kerja?kan cuti.

Aku : syabas bete mera name joker(bisik aku dalam hati sambil buat kening the rock)adik , harijadi Sultan Selangor , Agong ,Maulid Nabi  Muhammad SAW  je kita cuti.

Adik  : mak!!!mak!!!bila harijadi Firdaus? lama lagi  tak?

Aku :  adik ni,setiap kali orang cakap pasal harijadi, adik mesti nak tanya pasal  harijadi  adik .Dalam setahun berapa kali adik nak harijadi ? bowing tau.


Resepi Timun masak sos tiram




Bahan-bahan
1)1/2 batang timun bersize XL[basuh dan dibelah dua kemudian dihiris nipis]
2)4 ulas bawang putih[dicincang]
3)1 sudu besar sos tiram
4)sedikit air
 Cara menyediakan
1)Panaskan  1 sudu besar minyak dalam kuali , tumiskan bawang putih hingga naik bau dan kegaringan
2) Masukkan sos tiram[tumis sekejap]
Masak dengan  api sederhana dan sentiasalah dikacau ya.
3)Masukkan hirisan timun dan masak hingga timun sedikit  lembut
4)Sebelum angkat masukkan sedikit air, kacau sekejap dan tutup api

 

Timun  masak sos tiram. Bila aku masak sikit , anak bapak makan beria-ia sampai tak cukup.

Adik  baru balik dari sekolah , perut pulak lapar itu yang muka tak berapa nak comel








Tarikh : 11 March 2013, Selasa
Lokasi : Rumahku syurgaku
#PrayForMH370









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang