Monday 31 March 2014

mee goreng bujang, resepi mudah dan sedap

Korang mesti peningkan tengok header aku dalam dua tiga hari ni asyik bertukar je. Blog malas nak update tukar header blog  rajin pulak, apa nak jadi  dengan aku ni woii. Sedih mak ,....banyak draft entry tak publish, mana tidaknya  asyik buat entry baru je. Korang perasan tak sekarang ni aku dah makin jarang  update blog he he he ,agaknya selagi cek Nuffnang tak sampai kat tangan  ni selagi tu aku rasa tak bersemangat  nak update blog  kot  kah kah kah   Tak moh lah cite pasal tu, bowing, jom kita cite pasal mee goreng.

RESEPI MEE GORENG BUJANG(bujang sangat)
mee goreng bujang ni  simple je,bahan-bahannya pun mudah untuk dicari. Amat sesuai pada mereka yang bujang yang tidak punya banyak masa untuk masak.


fish cake tu kalau boleh hirislah nipis cenggini
Bahan -bahan 
1)Sepaket mee kuning[dibilas dengan air dan dan dituskan]
2)4 tangkai sawi[dicuci berseh dan disiang]
3)segenggam taugeh[dicuci berseh dan dituskan]
4)3 batang fish cake[dihiris nipis]
5)4 tangkai daun kucai[dipotong sederhana halus]
6)5 tangkai cili kering , 4 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih[dikisar basah]
7)*1 sudu besar kicap pekat  & 1 sudu besar sos tiram , 1 sudu besar kicap kipas udang lemak manis dan 1/2 sudu kecil lada sulah
Cara-cara menyediakannya
 1)Panaskan  minyak di dalam kuali, masukkan  bahan kisar dan tumis  hingga wangi &  pecah minyak
2)Masukkan fish cake, sawi  diikuti dengan mee kuning [kacau sekata]
3)Masukkan bahan bertanda bintang[kacau sebati sampai mee masak]
4)Akhir sekali masukkan daun kucai dan taugeh, kaup balik sekejap dan terus tutup api.

Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau ya
mee goreng bujang sedia untuk dimakan
Sesekali layan mee goreng dengan teh O panas ,sorga.

Layan jugak pekena  mee goreng dengan  Ayam bob . Ayam ni  baki  aku beli dari pasar malam khamis KRU



Tarikh : 28 March 2014, Jumaat
Lokasi : Rumahku syurgaku










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday 30 March 2014

Masakan air tangan anakanda ; light cheese kek,cheese kek






Ekceli yuyi bawak 4 ketoi kek tapi sebelum aku sempat ambik gambar  somi  dah bedal coklat cheese kek(tak de dalam gambar diatas)

Tiada kata yang dapat mengambarkan perasaan aku ketika yuyi menghulurkan beberapa potong cheese kek hasil air tangannya kat aku petang semalam. Really OMG, is my  anak bake,ha ha ha  mesti korang nak tampau aku kan. Rasanya nilah kali pertama aku merasai kek hasil air tangan anakanda tercinta.  kalau tak silap akulah.  Tetiba hati mak kembang kuncup ibarat pokok semalu, cantiknya kek rasa sayang nak makan. Anak aku  yang sengal ni,semua benda dia nak belajar.Kalau tak silap aku 4 bulan lepas dia belajar english, sekarang ni dia belajar tajwid dengan baking kek ,fondant  lepas ni  entah apa pulak lagi dia nak belajar.Aku hanya mampu geleng kepala mengenangkan kesengalan anak aku yang sorang ni.
   










Tarikh : 29 March 2014, Sabtu
Rumahku syurgaku






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday 27 March 2014

Kak ogy Ahmad Daud ????? melayan mata & melayan perut





Klik untuk tumbesaran




Nampak sangat aku dah kekeringan idea. Okeylah , cukup sampai di sini saje, akhir kata majulah instagram untuk artis Malaysia































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday 26 March 2014

koleksi juadah kegemaran keluarga & Koleksi header blog free ; resepi mudah dan sedap..

Tetiba hati berbunga  ria  melihat header hasil tangan sendiri...tak sia-sia aku menghabiskan masa sepanjang hari mengodek , mengedit ,mengpolish  header blog  ni.. lihatlah doniya  Cer tengok atas ,cer tengok comel tak headar makcik cleaner. Okey lah tu kan  untuk makcik  yang baru nak bejinak jinak dalam dunia pengeditan...*tangan kat dada mata pandang ke bawah dan ke atas  empatplohkali *.

Masuk blog tak bagi   salam ,terus nak up pasal header. Minta maaflah kengkawan..teruja sampai lupa nak bagi salam.Salam  kengkawan ku semua,apa khabar????diharap kengkawan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya . Saper rindu makcik angkat tangan.Fuh,!!!!!!ramainya yang angkat tangan.Terima kasih much much kerana kesetian korang yang tak berbelah bahagi kepada makcik, hanya  tuhan saje yang dapat membalas budi baik kengkawan semua ,touchingkan. Okeylah seperti biasa  makcik nak up juadah hari minggu hari tu,sup ayam kampung tanpa MSG gitu, bendi goreng cili dan sambal belacan.

 setiap kali masak sup ayam aku suka kecutkan dulu ayam bersama bahan tumisan dan rempah sup.

 Bahan-bahan
 1)2 ekor ayam kampung bersize sederhana[dibersehkan dan dipotong sedehana kecil]
 2)1 paket kecil rempah sup adabi[dibancuh dengan sedikit air]
 3)* 2 labu bawang besar[dipotong baji]
 4)* 5 ulas bawang putih[diketuk]
 5)3 ketul halia sebesar ibu jari[diketuk]
 6)* 1bungkus rempah bunjut
 7)air
 8)2 batang carrot bersize sederhana[potong mengikut citarasa masing-masing]
 9)3 biji kentang[dipotong baji]
 10)1 batang daun bawang &  3 batang daun saderi[dihiris halus]
 11)garam secukupnya
Cara menyediakannya
1)panaskan kuali dengan sesudu minyak kemudian tumiskan bahan bertanda bintang hingga naik bau dan agak garing
2)Setelah semua bahan tumis naik bau, masukkan rempah sup diikuti dengan kentang, carrot dan ayam. Kacau sebati semua bahan.
3)Bila bahan dah sebati masukkan air
4)Reneh sup ayam dengan api perlahan sehingga kesemua bahan-bahan  tadi masak empuk sepenuhnya
5)Kaup sebarang buih dan minyak dipermukaan sup ayam mengunakan senduk
6)Akhir sekali perasakan dengan garam. Tutup api dan taburkan dengan hirisan daun bawang dan saderi di atasnya

Sup ayam kampung untuk anak tercinta,   *touchingkan*

Sup ayam kampung rasa nak interframe sekali lagi


Tak sah rasanya kalau masak sup tak buat sambal belacan, yummy pedas


Aku tersipu malu, bila adik puji bende goreng  ni sedap. Senang je nak masak bendi goreng ni , biasalah masakan yang  senang  tu lah yang selalunya sedap ye dak.Sekirannya  anda teringin untuk mencuba resepi bendi goreng mudah lagi sedap ni  , anda boleh melayari website; makciktemperesepi.com  atau  makcikperia.com











Luahan sang pencinta karipap

Laparnya perut ,  karipap ada tapi tak boleh makan  selagi  hantu  karipap   berkeliaran kat sini.  Kalau hantu betina tak pe lagi  ni jantan ,,haishhh geram mak tau jantan cam ni. Terpaksalah mak pendam kelaparan  ini hingga ke tengahari








Tarikh : 23 March 2014, Ahad
Lokasi : Kg Mohd Zain.....




































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday 21 March 2014

cook uncooked, read unread ,friend unfriend, follow unfollow, life is all about choices



Cook uncooked macam pelik je ayat tu, almaklumlah mak punya omputih tahap ringan ringan je, sebab tu pentingnya ada english educatian "bak kata usop wilcha " This morning I eat  fried rice with ikan kembung fried ,   macam sedap je ayat tu kan.


Breakfast pagi tadi, aku makan nasi goreng dengan ikan goreng.Sedap,  aku ni pantang  jumpa ikan mesti nak terkam , macam kucing plak kan.
Saper yang follow instagram & facebook aku, lepas ni bila tengok nasi goreng mesti nak muntah... dalam bulan ni je dah masuk 3 kali aku tepek gambar nasi goreng, pedulik lah yang penting guwe happy.

Sambal kentang dengan ikan bilis semalam bawak kat tempat kerja tapi pagi ni baru nak makan.ko mampu. Jangan pandang sepi, sedap nyah mak punya sambal kentang ikan bilis  ni ,  buatnya pun sonang.



















Tarikh : 21 March 2013, Jumaat
Lokasi : Company besar








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday 19 March 2014

koleksi juadah tengahari kegemaran keluarga : resepi mudah dan sedap


Bersambung dari cerita di sini, tengahari tu sebelum ke Shah Alam aku masak dulu . Rutin biasa sebelum meninggalkan rumah. Bila dah siap masak senanglah sikit nak keluar  at least  takde lah aku  risau kalau  terpaksa balik lambat. Meh tengok, juadah yang aku  masak ,lauk  simple je.

Kari ayam dua hari lepas kasi perhangat

 baby kailan yang tak berapa nak baby goreng bawang putih
 ikan selar goreng cili, sedap dan mudah disediakan

Bahan-bahan
1)5 ekor ikan selar sederhana besar[dibersehkan]
2)5 ulas bawang merah kecik & 3 ulas bawang putih[dikisar kering]
3)8 tangkai cili padi merah[dikisar]
4)5 tbsp sos tiram
5)4 tbsp sos cili
6)150ml air
 Cara menyediakan
1)Lumur ikan dengan sedikit garam dan kunyit kemudian goreng sehingga garing. Susun ikan goring di dalam pinggan.Ketepikan
2)Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau dan garing
3)Masukkan cili padi kisardan tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos tiram dan sos cili.Kacau sebentar
5)Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih dengan api perlahan
6)Tutup api , angkat dan tuangkan  sos tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi

Egg tofu bersos tiram, ianya amat mudah untuk disediakan


Bahan-bahan
1)3 tiub egg tofu
2)4 ulas bawang putih[dicincang]
3)setangkai daun bawang[dihiris]
4)2 tbsp  sos tiram
5)50ml air tepung jagung untuk memekatkan kuah
6)Minyak
Cara menyediakan
1)Potong egg tofu dan goreng sehingga golden brown, ketepikan
2)Panaskan satu sudu minyak masak yang  dicampur sedikit  minyak bijan di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga sedikit garing
3)Masukkan sos tiram dan tumis sekejap .Pekatkan kuah dengan air tepung jagung
4)Tutup api, angkat dan curahkan kuah di atas egg tofu
5)Akhir sekali taburkan hirisan daun bawang di atasya




Berselera sungguh adik makan pagi ni, sedaplah  agaknya. Jelas sekali ada  unsur-unsur  memuji diri sendiri di situ.








Sekian...itu saje buat masa ni .Akhir kata majulah sukan untuk negara








Tarikh : 17 March 2014, Isnin

Lokasi : Rumahku syurgaku























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Konsert Festival Future Music Asia (FFMA) &*%$#2!^%$^*^$??????????? #FFMA2014

Apa itu  Festival Future Music Asia(FFMA)????Sejujurnya aku baru tahu akan  keujudan FFMA ni  masa  menonton  Buletin Utama TV3 yang menyiarkan  berita   6 orang maut , 3 kritikal dalam ICU akibat dadah dan alkohol  ketika menghadiri konsert  FFMA di Stadium Bukit Jalil.  FFMA tahun ni merupakan kali ketiga konsert ni diadakan di Malaysia , owhhh  really OMG very the naif makcik..kenapa makcik tak tahu semua tu. ? Aku tak mahu komen apa -apa , zaman aku bersosial kat disco dah habis .Untuk pengetahuan korang zaman dulu kitaorang  berliburan aka bersosial  minum coke je, masa tu pil khayal ke pil  kuda ,pil unta masih belum glamer. Sedih  sangat bila teringat arwah atok, dulu sebelum  aku  pergi disco , arwah atok & nenek  selalu pesan ,jangan ambik dadah cu ,kalau rasa nak mabuk mabuk khayal khayal hanky panxy & happening  dia suruh  hisap curut  tak pun hisap rokok daun je,  murah pun murah,lagi natural. Aku rasa mulai sekarang kita dah boleh up kan balik   bisness curut dan rokok daun.Haish,,, bukan ke masa atuk aku meninggal dunia umur aku umur 7 tahun, atuk yang mana satu ni..konpius

Dari cerita curut terus tukar ke cerita nasi goreng kampung.  Rasanya dah lama tak masak nasi goreng kampung guna cili padi hijau sebelum ni asyik guna cili merah je. Pagi tadi semangat nak  masak nasi goreng kampung guna cili padi hijau.


 Nasi goreng kampung cili padi hijau
Bahan-bahan
1)7 cawan nasi sejuk[digaul sedikit garam]
2)5 ulas bawang merah kecik & 4 ulas bawang putih[dikisar kering]
3)6 tangkai cili padi hijau[dikisar kering]
4)sengenggam ikan bilis halus[dicuci berseh]
5)1 biji telur
6)Sedikit serbuk perasa
Cara menyediakan
1)Panaskan minyak dan tumis  bawang kisar sehingga wangi
2)Masukkan cili padi kisar diikuti ikan bilis dan tumis sekejap
3)Pecahkan telur dan kacau hingga hancur, biarkan ia garing
4)Masukkan nasi sejuk dan kacau sehingga   naik bau
5)Akhir sekali perasakan dengan serbuk perasa secukupnya


Tanpa telur mata kerbau sepilah nasi goreng kampung










Akhir kata ,, kurangkan gula dalam minuman,banyakkan minum  milo ais kurang manis .Wak terima kasih ye resepi baked potato, bila dah buat nanti me tepek kat blog.





Yang benar

Makcik yang naif tapi vogue














Tarikh : 19 March 2014, Rabu
Lokasi : Rumahku Syurgaku bukan Stadium Bukit Jalil







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday 18 March 2014

Koleksi restoran Pilihan Keluarga ; Special beef noodle

Tengahari semalam , setelah  selesai  segala urusan aku di KWSP Shah Alam  Yuyi  ajak lunch kat Asiari SACC Mall.  Aku suka makan kat sini sebab  boleh lepak lama-lama dan borak sampai lebam , tak de siapa yang kacau . Bila perut terasa lapar , tekan je loceng nanti waiter datang..Makanan  kat sini boleh tahan sedap jugaklah ,menu pun meriah dan murah.

Naik lunyai buku menu, punyalah ganas
minuman kami , watermelon juice & orange juice.
Apahal tangan yuyi tu, macam nak menyanyi sepohon kayu daunnya rimbun lebat buah serta bunganya...................na na na na na. Yuyi minum je sebab  masih kenyang lagi.
Special beef noodle soup sebelum ditabur dedaunan dan sayuran, mak aiiii mangkok sikit punya besar.
Special beef noodle soup complete ,nampak aje simple macam water wash hand tapi sedappp , puas lah makan.

















Tarikh : 17 March 2014, Isnin
Lokasi : Asiari , SACC Mall Shah Alam















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday 16 March 2014

Koleksi cefe kegemaran keluarga ; JJCM



Hujung minggu dikala cuaca yang agak berjerebu lebih lagi ketika negara Malaysia kucintai ini masih lagi berduka cita atas  kehilangan MH370, kaki ni terasa berat hendak  melangkah keluar dari rumah.Cehhhh wah terserlah sungguh sifat keperihatinan aku di situ.Pakkal lah yuyi ajak temamkan dia pergi bakery, kalau tak jangan harap aku nak keluar rumah. Kasihan yuyi, dahlah perut lapar, lepas  pergi  ke hampir 3 buah bakery,dia masih tak jumpa barang yang di cari jadi kesudahannya dia ajak aku balik. Sebelum balik, kami singgah makan dekat  Fruity.

 Samada korang perasan atau tak, aksi tu nampak sedikit manja , gelikss mak tau


Blogger yang kononnya tegar ni tak punya account facebook dan instagram dia cuma punya account twitter saje, jadi sesiapa yang berminat nak tahu perkembangan terkini pasal dia sila follow dia punya twitter.ceh wah dah macam retis di situ.

Apasal buat  muka serius, nak cucuk ayam je pun
Kenapa sampai nak keluarkan gigi?, kek coklat je pun

chicken chopnya agak keras sedikit. tulah adik, aku nak orderkan dia chicken sizzling dia tak nak,hambekk ko , sampai makan pakai tangan sebab tak larat potong ayam dengan pisau



Perghhhh sorganya bila dapat makan croisant tuna serta minum secawan tea dipetang hari. Croisant tuna salah satu menu yang wajib diorder setiap kali makan dekat sini.














Tarikh : 15 March 2014,sabtu
 Lokasi : Fruity Bakery & Cafe Klang













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday 14 March 2014

Sponsored Post ; Sos sengkuang dolu dolu bukanlah yang sekarang ; Legasi turun temurun



Sejujurnya, aku bukan jenis yang  senang  nak meng  review suatu produk makanan lebih -lebih lagi  makanan yang aku tak pernah makan. Nampak poyo di situkan. Poduk makanan  yang aku nak review kali ni special , sebab ianya produk  yang  mengingatkan aku  zaman masa aku bersekolah rendah dulu. Cer cite cer cite, dulu tiap-tiap hari  lepas balik dari sekolah aku kena tolong  ayah berniaga  jual air , buah-buahan  potong, tahu sumbat , tahu ikan  dan sengkuang calit kat tepi jalan  . tapi  tak sangkalah mak *mata pandang atas tangan di dada uolls*  selepas hampir 31 tahun aku dapat kembali merasai nikmat kelazatan sekeping sengkuang calit yang ditaburi kacang diatasnya .Sos sengkuang dolu dolu perghhhh aku bagi 4 bintang rasa sekali nak lagi ,jangan main-main turun temurun gituuu.

 Sos sengkuang  dolu dolu  disertakan sekali dengan sepaket kacang kisar (20gm)

Sila ambil perhatian , sengkuang tidak disertakan  bersama produk. Sengkuang berlambak kat pasar, pi lah cari sendiri


ko mampu posing baring, credit to website sossengkuangdoludolu

Sedaplah tu, kalau tak,  takkan   Eiqa senyum sampai ke telinga ye dak
Makcik tempe nak manja dengan HKL, A to Z dia yang sediakan.Dia ambik sekeping sengkuang ,disapunya sos calit
Kemudian dia tabur  sedikit kacang kisar diatasnya.
Jangan lepaskan peluang ini,dapatkan  sos sengkuang dolu-dolu sekarang .Rasailah sendiri  keenakan rasa sos sengkuang dolu dolu sebenar.    #sossengkuangdoludolumemangmantopdabomb  --> hashtag ini telah dipatenkan . Kredit to Han Ej & Cik Noor kita...



Sekian terima kasih , akhir kata majulah sos sengkuang dolu dolu untuk negara.




Khidmat pesanan masyarakat  Legacy Sos sengkuang Dolu-dolu is brought by Blog cikinadodocheng.blogspot.com













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday 13 March 2014

Misteri Kehilangan Pesawat Boeing MH370 ; Kembalilah kita kepada maha Pencipta ; entry yang sedikit berilmiah

Sebenarnya , aku tak tahu nak komen apa  pasal  pesawat MH370  yang dikatakan hilang  sabtu lepas  , cuma boleh aku katakan, marilah  kita sama-sama  renung kembali ,muhasabah diri kembali ,perbetulkan niat, perbetulkan diri kita , apabila kita  tersedar akan kekhilafan kita sewajarnya kembali semula kepada maha pencipta .Di sini aku suka nak  memetik  kata-kata  Kapten Norudin Abdul Majid

"Allah menghantar peristiwa  MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya. Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan dia berkuasa ke  atasnya .Allah SWT berkuasa meletakkan manusia dimana sahaja. Dimana sains berakhir di situ kuasa Allah bermula"

~Fikir-fikir dan renung-renungkanlah~



Pulau Indah 8.30 pagi ni ; Tak mustahil MH370 landing kat sini ,jika Allah SWT kata Kun Fayakun  tiada siapa yang dapat menghalangnya  ye dak.
Tadi pagi brekpes makan roti canai kat Pulau Indah dengan rakan  ofis. Masa nak bayar aku nampak goreng pisang kat kedai sebelah tetiba aku kecur air liur .Dah lama tak makan goreng pisang .Aku pun   terus tanya budak pompuan   kat situ  "dik macam mana kira pisang tanduk ni?  Dengan spontan budak pompuan tu jawab "owhh ni pisang buluh bukan tanduk."   "ye ke dik, ni first time akak dengar   nama pisang  buluh."  Aku dengan rakan ofis saling berpandangan.


Balik ofis terus google "Pisang Buluh"   owhhh really , this is pisang Buluh , mesti korang macam nak tampau muka aku kan?.






Tarikh : 13 March 2014 Khamis
Lokasi :  Pulau Indah Pelabuhan Kelang






#PrayForMH370  #DoaForMH370  mengambil semangat Juruterbang pesawat Mas Boeing 777  MH 370  Kapten Zaharie Ahmad  dan Pembantunya Kapten Fariq Ahmad Zahari   .Cita-cita adik hendak jadi Juruterbang, sama-samalah kita doakan cita-citanya menjadi nyata  : ) #PrayForCitaCitaAdik #juruterbang #pilot







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday 12 March 2014

Entry yang sangatlah berilmiah, rugi tak baca ; Koleksi resepi kegemaran keluarga

Happy birthday to me....Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki .Tak sangka pejam celik pejam celik kita dah melangkah ke  12 March 2014, bertambah umur  aku tahun .Sedar tak sedar  usia aku dah berganjak ke  28 tahun ,itu kalau ikut umur kat facebook.ha ha ha ha .Kepada rakan -rakan facebook , rakan-rakan blogger ,  Miloais, YB Yunus Badawi(aku jawab kat sini ,yes YB  I sentiasa lebih muda dari Miloais ,  he he he okey happy besday juga kepada YB semoga sentiasa diberkati Allah SWT), Kakcik Nur ,Eka Hafizy, Kak Limah  yang sentiasa hantu, Siti Zainon, Citarasa Riduan, Dr.Faiz, Aini Omar.. jenuh  nak sebut nama blog dan nama rakan facebook satu persatu, aku petik yang mana  sempat je. Terima kasih wish ulangtahun kelahiran makcik tempe. I love uolls!!!!!!.

Mana-mana  blogger yang telah mengwish ulang tahun kelahiran aku  di facebook tapi nama blognya tak kumention diatas, janganlah merajuk dan berasa kecik hati. Hauk aloh hauk aloh anda memang peminat Hanez Suraya No. 1   opssss makcik tempe no 1 , nah makcik bagi hadiah, cer...~ tutup mata......jeng jeng jeng

Nyanyi ramai-ramai Allah selamatkan kamu, Allah  selamatkan makcik tempe, .......mari kita pakat  ambik sorang sepotong


Lepas perut kita dah kenyang apa kata kita masak nak.................. masak timun goreng je this is my family favourite*muntah* Teringat pagi tadi masa nak bagitahu adik yang aku  nak pergi kerja

Aku : adik!!!! mak pegi keja dulu ye,nanti jangan lupa makan . Ahhh, hari ni harijadi mak, sebelum mak pegi keja tak nak cakap "happy besday" kat mak ke?


Adik: harijadi mak, kenapa mak kerja?kan cuti.

Aku : syabas bete mera name joker(bisik aku dalam hati sambil buat kening the rock)adik , harijadi Sultan Selangor , Agong ,Maulid Nabi  Muhammad SAW  je kita cuti.

Adik  : mak!!!mak!!!bila harijadi Firdaus? lama lagi  tak?

Aku :  adik ni,setiap kali orang cakap pasal harijadi, adik mesti nak tanya pasal  harijadi  adik .Dalam setahun berapa kali adik nak harijadi ? bowing tau.


Resepi Timun masak sos tiram




Bahan-bahan
1)1/2 batang timun bersize XL[basuh dan dibelah dua kemudian dihiris nipis]
2)4 ulas bawang putih[dicincang]
3)1 sudu besar sos tiram
4)sedikit air
 Cara menyediakan
1)Panaskan  1 sudu besar minyak dalam kuali , tumiskan bawang putih hingga naik bau dan kegaringan
2) Masukkan sos tiram[tumis sekejap]
Masak dengan  api sederhana dan sentiasalah dikacau ya.
3)Masukkan hirisan timun dan masak hingga timun sedikit  lembut
4)Sebelum angkat masukkan sedikit air, kacau sekejap dan tutup api

 

Timun  masak sos tiram. Bila aku masak sikit , anak bapak makan beria-ia sampai tak cukup.

Adik  baru balik dari sekolah , perut pulak lapar itu yang muka tak berapa nak comel








Tarikh : 11 March 2013, Selasa
Lokasi : Rumahku syurgaku
#PrayForMH370









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday 11 March 2014

, Entry yang tak berilmiah langsung ; orang subang dan kerja gila

Ahad tengahari ; tetiba teringin pergi subang  naik komuter . Karipap, bubur nasi  uncle Lim,,Carrefour subang, Subang Parade bersilih ganti bermain  dalam kepala aku. Tak boleh jadi lebih kurang pukul 11.30 aku heret adik pergi stesen  komuter. Masa tu dia punya panas lain macam.Ahhh orang kata  tu baru percikan api neraka *tetiba sepohon kayu daunnya rimbun lebat buahnya serta bunganya walaupun hidup  bla bla .insaf*  Part paling aku malas setiap kali naik komuter bila kena menaiki jenjantas untuk ke kaunter  tiket ,lemah lutut mak. Huhhh lega,sejak adik dah mula bijak pandai petah bercakap ni, bolehlah diharap setakat beli tiket komuter.

Aku : adik beli tiket pergi subang untuk 2 orang

Adik : okey makkk (terus panjat tangga jenjantas laju2 menuju ke kaunter tiket)

Masa adik dekat nak sampai kaunter tiket aku jerit
Aku : adik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Subang cancel,tukar Shah Alam

Selang beberapa saat adik datang hulur dua keping tiket kat aku . Aku belek- belek tiket tu "la subang ke, kan mak  suruh beli tiket pergi Shah Alam. "Tak dengar pun  mak cakap Shah Alam," adik jawab spontan. "Tak pelah dik ,subang pun subanglah tapi mak turun kat  Shah Alam tau. Tetiba je mak rasa macam nak pergi Alam Sentral , makan Kenny Rogers, sebelum balik nak singgah  PKNS kejap beli nasi lemak .Sebulan sekali buat kerja gila okeylah lagi tapi bila dah kerap  sangat  sah sah orang cop ko giler.....


Kasihan adik,beli tiket pergi subang tapi aku  turun kat Shah Alam. "Alah mak!! dekatnya Shah Alam jom lah pergi Subang," adik merengek manja. Aku buat bodon.
konon macho lah tu
Ayam oh ayam
I like pumpkin soup forever
Amboiii,macam ni punya makan RM43 tetiba je teringat ayam kat pasar ,baru  RM7 sekilo ,matikk lah sampai  pikir ayam kat pasar .
"Mak orang subang suka kiss ke? Tanya adik tanpa rasa bersalah."syyy...... jangan cakap macam tu tak baik ,dengar  orang Subang marah plak kang...Kenapa adik cakap macam tu?  "mak tengok  gambar orang kiss, bawah  tu  ada tulis sumbang,"jawab adik  sambil jari telunjuk menuding ke gambar tut kiss kiss. Aku bantai gelak.  "Adik tu perkataan "SUMBANG" "berkelakuan sumbang" bukan "SUBANG."  Dia tanya lagi  aku apa maksud berkelakuan sumbang.  "berkelakuan sumbang tu berkelakuan tak senonoh , tak elok,"jawab aku spontan. Macam good good kan






Sekian saje untuk hari ni, akhirkata majulah pengangkutan awam untuk negara










Tarikh : 9 March 2014, Ahad
Lokasi : Plaza Alam Sentral, Kenny Rogers Roasters









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )