Wednesday, 12 February 2014

Semuanya tentang "Aruan tasik" ; resepi Aruan tasik 3 rasa yang simple ; kari ikan aruan tasik

Bersambung dari cerita di sini ; main sambung sambung pulak ,dah macam slot akasia Arianna Rose .Okeylah kengkawan minggu ni adalah minggu terakhir untuk drama bersiri  Arianna Rose . InsyaAllah lepas ni  aku tak  nak  terjebak lagi dengan  segala  tok nenek drama bersiri. Insaf  mak dah macam tak de kerja lain pulak duk follow dorang punya cerita. Okey mak nak cau , hari ni mak terlebih rajin, sebelum cau sempat lagi update blog.


Ikan aruan tasik
Bahan-bahan
1)9 keping ikan aruan tasik bersize sederhana besar dibersehkan dan digaram kunyit. Goreng ikan aruan tasik dalam minyak panas hingga garing.Ketepikan.
2)Goreng ikan aruan tasik dalam minyak panas hingga garing.Ketepikan.
5)3 sudu besar sos tiram
6)4 sudu besar sos cili Life
7)2 sudu besar sos tomato Life
8)2 labu bawang besar[dipotong baji]*
9)2 cm halia[dihiris bulat-bulat]*

10)8 ulas bawang putih[dihiris]*
11)suku biji nenas manis dikupas dihiris nipis
12)1/2 biji tomato[dipotong dadu]
13)2 tangkai cili kering[dipotong 2cm]*
14)7 tangkai cili api[dibelah dua]*
15)Sedikit air

Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang bertanda bintang hingga naik bau dan layu sedikit[masa menumis pastikan guna api sederhana]
2)Bila dah naik bau masukkan hirisan nenas dan tomato, tumis hingga sedikit layu 

3)Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato,kacau rata dan tumis sekejap
4)Masukkan sedikit air (anggaran 150ml)diikuti dengan ikan aruan tasik yang telah digoreng tadi.Kacau sekejap.(Sekiranya kuah sos pekat sangat, bolehlah ditambah air lagi  

5)Tutup api dan angkat .
ikan aruan tasik yang telah digoreng
ikan aruan tasik 3 rasa
Bahan-bahan 
1)5 keping aruan tasik bersize sederhana  besar dibersehkan dan digaram kunyit.
2)5 tbsp rempah kari ikan  babas dibancuh dengan sedikit air
3)2 cm halia[dimayang] 
4)5 ulas bawang putih[dihiris]*
5)5 ulas bawang merah kecil[dihiris]* 
6)1 tangkai daun kari*
7)3 biji terung bulat[dikupas kulit dan dibelah 4] 
8)1 tsp rempah campur[biji sawi dan halba]*
9)air asam jawa [3 sudu besar asam jawa dibancuh bersama dengan  800 ml air]
10)garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakannya
1)Tumiskan bahan-bahan yang bertanda bintang hingga naik bau dan sedikit layu
2)Bila semua bahan tumis telah naik bau, masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah  minyak.[masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau] 
3)Masukkan air asam jawa-biar agak mendidih 
4)Masukkan terung dan biar terung separuh empuk
5)Masukkan ikan aruan tasik  dan biar hingga ikan masak. 
6)Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.Pandai-pandaikanlah seimbangkan rasa. 

kari ikan aruan tasik




















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang