Friday 21 February 2014

mee maggi cepat digoreng sedap dimakan

Setelah seminggu men Google dan mengkaji kisah 1-7 , dapatlah   aku membuat  satu kesimpulan yang kebanyakkan manusia sanggup melakukan  apa saja demi mengejar wang ringgit, nama, pangkat dan kuasa. Okeylah, mari kita lupakan perkara jijik lagi menjijikan itu. Kini tiba masanya untuk mengupdate blog, huh huh banyaknya  sawang..Dalam minggu ni aku bizi dengan instagram, twitter dan  kerja-kerja menaik taraf  blog yuyi,   ceh wah apa lagi marilah mari kita  follow blog dia tunaikan kewajipan pada negara Nampak sangat ada unsur memaksa di situ.

Berbalik  kepada tajuk entry , rasa macam dah lama je tak update cerita masak-masak Ha  ha ha masak pun idak ada hati nak update. Seingat aku dalam mingggu ni baru dua kali je aku masak  hari yang selebihnya tu  duk main tunjuk- tunjuk..Haishhh aku tak boleh lepak lama ni ada banyak kerja yang aku perlukan sebelum pukul 5.45 , akhir kata majulah Pelabuhan Klang untuk Negara, tetibakan.... sebelum wa cau terimalah maggi gorengku seadanya.


Maggi goreng simple
Bahan-bahan;
1)3 bungkus maggi kari[celur sampai lembut  dalam air panas mendidih. Curahkan air sejuk dari  peti ais ke atas maggi sejurus  selepas dituskan, kemudian gaulkan dengan sedikit minyak bijan .Ketepikan.
2)1/2 batang carrot [dikupas kulit dan dimayang halus]
3)3 tangkai sawi batang putih[disiang dan dcuci berseh)
4)3 ulas bawang putih & 3 ulas bawang merah [dihiris & dicincang]
5)3 biji telur
6)1 1/2 bungkus perencah maggi kari
7)1/2 genggam ikan bilis[dicuci berseh]
Cara menyediakannya ;
1)Panaskan dua sudu besar minyak masak plus 1/2 sudu besar minyak bijan dan tumis bawang hingga naik bau dan agak garing
2)Bila bahan tumis dah naik bau dan garing,masukkan ikan bilis.Tumis ikan bilis hingga garing.
3)Masukkan sawi dan carrot, kaau sekejap.
4)Pecahkan telur dan kacau telur hingga hancur , biarkan agak garing
5)Masukkan maggi diikuti dengan perencah maggi kari, kacau sekata
6)Tutup api dan sedia dihidang

 Ni nak makan ke nak termenung?????









Tarikh : 17 February 2014, Isnin
Lokasi :Rumahku syurgaku



 

Pengikut Tegar : )