Thursday, 27 February 2014

I like drink milk but i don't like cat


Tajuk tu macam tak kena je  , macam kena je argggh  tak pelah  janji tak menyusahkan sesiapa . Kucing???? aku memang tak suka kucing.full stop. ....Ya!ya! ya! aku tahu kucing adalah salah satu binatang kesayangan Rasullah SAW ,tapi  nak buat macam mana sejak azali aku memang tak suka kucing  .Jangan tanya kenapa? Sejujurnya lah kan, walaupun  tak suka kucing tetapi aku bukan haters  or stalker kucing . Suami ye  stalker tegar kucing. Kalaulah kucing ada blog dialah follower pertama blog kucing. Dekat kawasan rumah aku ni kiri kanan depan belakang banyak betul  kucing. Dari kucing jalanan sampailah kucing bertuan, berpuan pendek kata semua jenis kucing ada yang  takde cuma kucing parsi je. Depan pintu pagar buruk rumah aku ni bersepah tahi kucing kering yang telah disaluti pasir. Dengar macam kembang tekakkan?Haishhh cerita pasal kucing , sampai esok pun tak  habis.

 Perbualan yang berkisar pasal "kucing"


Dari jauh aku memerhatikan  adik terbongkok -bongkok  mengais tanah di depan pintu pagar rumah sambil ditemani oleh seekor  kucing gemuk bewarna putih dan berchoker pink dileher ....

Aku : Adik buat apa tuu???

Adik : adik tengah nasihat kucing ,jangan berak kat  sini

Aku : kucing saper tu?

Adik : Kucing adik pussycat

Aku : Dia faham ke cakap adik?

Adik : dia diam ,maksudnya dia fahamlah adik cakap apa..

Pagi tadi tengah sidai kain.....


Aku : Awak  nampak  tak kucing putih berchoker pink kat sini petang semalam

Suami : apasal?kucing saper tu?

Aku :  adik cakap kucing dia. Namanya   pussycat.

Suami : ye ke?patutlah petang semalam masa saya halau kucing tu muka dia masam semacam je.

Aku : tulah awak suka sangat nak stalker kucing.

Dalam perbualan telefon dengan  adik  tengahari tadi sebelum dia nak pergi sekolah..

Aku : Ada nampak tak  pussycat adik?

Adik :  Tak tahu dia pergi mana?

Aku : adik, semalam ayah marah pussycat ke?

Adik : ahh ahh mak tetiba je  ayah halau pussycat .pussycat tak salah, adik  cakap ngan ayah pussycat dah tak berak kat depan pagar , dia buat tak tahu je.

Aku : cian adik.  Biar jelah pussycat tu. 

Adik : Tak pe nanti adik cari pussycat yang lain.








































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang