Wednesday, 5 February 2014

Edisi Ariana Rose : ayam goreng rempah & daun kari

Hari ni bangun pagi punyalah excited buat preparation untuk  masak goreng cina dan ayam goreng rempah, houk aloh!! houk aloh!!! hampir  terlupa  hari ni adik  dah start sekolah . Adik sekolah petang, buat apa aku nak masak banyak banyak kalau  yang tukang makannya adik je.  Bila aku  fikir balik, elok sangat  aku    masak lepas  balik dari kerja nanti tak perlulah aku  tergaru-garu kepala memikirkan juadah apa yang hendak dimasak untuk makan malam.Tanpa berlengah aku pun terus  simpan bahan-bahan yang nak masak nasi goreng cina tadi dalam peti ais.Sebelum pegi kerja aku beli dua bungkus nasi lemak  telur goreng , sebungkus untuk adik dan sebungkus lagi untuk suami. Masa menunggu makcik radio buruk bungkus nasi lemak aku sempat mendengar siaran radio "na!!! hari ni ko tak nak ayam sambal ke?  "tak naklah , tadi pagi saya ada goreng ayam," jawab makcik tempe dengan bangga.
 
 Bahan-bahan
1) Separuh ekor ayam dipotong sederhana dan dibersehkan
2)4  ulas bawang putih & 2 cm halia[dikisar kering]
3)1 1/2 sudu besar rempah kari
4)1 sudu kecil  serbuk  jintan manis
5) setangkai daun kari [diramas]
6)4 sudu besar tepung jagung
7) garam, kunyit dan serbuk perasa secukupnya 

 Goreng ayam dalam minyak panas dan banyak  sampai garing
Cara menyediakannya
1)Gaul ayam bersama garam , kunyit, serbuk perasa , rempah kari dan jintan manis
2)Bila ayam dah sebati dengan rempah , satukan pulak  ayam  dengan bahan kisar dan daun kari diikuti dengan tepung jagung [perap selama 1/2jam-1jam]
3)Goreng ayam dalam minyak panas dengan mengunakan api sederhana hingga garing

 Ayam goreng rempah & daun kari versi makcik tempe.ko adooo








Tarikh : 5 February 2014, Rabu
Lokasi : Rumah Sendiri

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang