Wednesday 12 February 2014

Ada yang panggil singgang ada yang panggil pindang aku panggil pindang ikan cencaru


Bersambung dari cerita di sini ; Punyalah lama baru nak sambung.Tak senonoh betul  aku ni, asyik duk melayan facebook sampaikan blog yang banyak berjasa kat  aku ni terabai. Okey, mulai hari ni aku berjanji pada diriku sendiri tidak akan mengabai blog ni.  Tak moh cite panjang, perut aku dah berbunyik. Pagi tadi mak brekpes 2 keping  roti canai kosong  saje (dengar tu 2 keping saje) tu yang tak sampai pukul 12 lagi  perut dah berbunyi lapar atau dasar GEM memang  macam tu.ha ha ha ha. Okeylah aku nak pergi  isi perut dulu dengan bekalan yang aku bawak dari rumah iaitu nasi putih dengan ikan cencaru goreng sambal.

Korang layan  ikan cencaru pindang aku ye sementara menunggu  aku siap makan : )

Kesoma Rai  keith foo cakap dia  tak suka makan pipi ikan tu yang arwah mak akak suruh akak buangkan pipi ikan setiap kali menyiang ikan.  : )
Ikan cencaru  baru nak tumbuh jaket  yang  siap disiang dan dibersehkan 
Anak anaku sekelian ingat ye ,,, selepas melumurkan garam dan kunyit  pada keseluruhan ikan , hendaklah dibiarkan buat  seketika  untuk   mendapatkan aroma ikan goreng yang harum semasa digoreng.
bendi muda


Bahan-bahan (untuk 5 ekor ikan cencaru)
1)Ikan cencaru  dibersehkan dan digaram kunyit
2)1  labu bawang holand-dihiris
3) 2 cm halia-hiris bulat-bulat
4)2 cm lengkuas-dihiris atau dipotong sederhana besar
5)5 ulas bawang putih-dihiris
6)lebih kurang 5 biji cili merah besar-dibelah dua
7)1 cm kunyit hidup-dihiris kecil
8)10 batang kacang bendi muda[buang tampuk dan ekor]
9) 1/2 genggam asam jawa dibancuh dengan lebih kurang 1 liter air
10)garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakannya
1)Tumiskan  semua bahan hiris dan cili besar hingga layu dan  naik bau
2)Tumiskan cili merah besar
3)Masukkan air asam jawa-biar agak mendidih
4)Masukkan bendi-biar bendi separuh empuk
5)Masukkan Ikan cencaru-biar masak sekejap
6)Masukkan garam,secubit serbuk perasa  dan 1/2 kecil gula-seimbangkan rasa. Jika kuah pindang  terkurang masam boleh tambah asam keping



Apalah maknanya makan nasi dengan kuah pindang ikan  tanpa ikan goreng ....
dan juga  sambal belacan

















Tarikh : 17 January 2014, Jumaat
Lokasi Rumahku syurgaku







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )