Monday, 20 January 2014

Setakat nak lepak dekat bawah pokok pelam depan rumah aku, ajak jiran makan pelam sambil ngumpat aku, aku no hal lah

Yeahhhhh suami  aku pergi memancing , masa untuk rilek .Ek eleh  makcik tempe ni macam lah selama ni suami dia  tak pernah bagi  peluang dia relax. Terlebeh sudah. Seronok mak, seharian tak masak. lepas hantar suami pergi memancing(depan pintu rumah je) aku terus keluar pergi beli  nasi lemak dan bihun goreng untuk sarapan pagi merangkap juadah makan tengahari sekali. Pukul 2 petang  tengok cerita tamil Kanthaswamy lakonan Vikram dan Shriya Saran.Seronok juga  sesekali melayan cerita Tamil.ha ha ha Dalam pukul 4 yuyi datang rumah ajak kitaorang  pergi makan.
Pada mulanya adik tak nak makan nasi  setelah aku pujuk akhirnya dia akur dengan kehendak aku 
Hantu cili come back. Seronok makan kat sini, kita  boleh ambil cili ikut suka kita .
Soda gembira sentiasa menjadi pilihan
Perut adik terus lapar bila nampak ayam penyet .Aku cop tempe goreng
Sate berkuah  pelik.Yuyi tak suka sate rasa isi  ayam semata  0%  lemak ni. Sesuai sangat untuk orang diet
 : )
Tetiba pulak tekak aku teringin nak makan nasi  ayam penyet
Setiap kali makan kat sini yuyi mesti order bihun  bakso .
First  time order sup ekor kat sini. Tak tahu rasa apa?tawar hebeh.

Sebelum balik ,aku ajak yuyi singgah gerai kak long untuk tapau nasi ayam.
otak-otak
Mulanya niat nak beli  nasi ayam tapi bila ternampak kerang rebus  dan otak-otak terus tapau sekali. Masa budak pompuan  jual otak-otak menghulurkan otak-otak yang aku pesan dia beria-ia beritahu   aku yang tauke otak-otak dah menaikkan harga otak-otak. "ohhh....ye ke?" jawabku spontan.Tapi dalam hati memang aku bantai gelak. Sejujurnya aku pun  tak tahu berapa  harga sebenar otak-otak. Sorry to say lah aku  spesis yang tak suka memikirkan hal remeh temeh terutama bab harga barang naik. Penatlahhhh











Tarikh : 18 January 2014, Sabtu
Lokasi :  Harbour Place, Waroeng penyet, Gerai Kak  Long







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang