Wednesday, 29 January 2014

Chiffon snow cheese kek langkah demi langkah.ko mampuuuu

Sekian lama ....ku tak membaking akhirnya membaking...mengenang kek mengenang cheese .Dan ternyatalah cinta ku pada cheese.(Sila nyanyi sorang  sorang ikut lirik kekasih awal dan akhir Jamal Abdillah) Sejujurnya aku tak sangka entah apa angin yang bertiup tiba-tiba sahaja malam tadi aku begitu rajin membaking snow cheese kek .Haishhhh cite lebih pun tak guna jom cekidaut.........
 Resepi ku cilok dari Blog Tiffin Biru  CMG

BAHAN A :-)

  1. 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
  2. 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
  3. 6 kuning telur gred A
  4. 1/2 cawan gula halus
  5. 1 biji oren, diparut kulitnya
  6. 3/4 cawan jus oren
  7. 1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-)
  1. 6 putih telur gred A
  2. 3/4 cawan gula halus
  3. 1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan... 
 Putih telur yang bertanduk/stiff  peak : )

 
Bila dah masak tunggu  kek  sejuk sepenuhnya kemudian potong kek kepada dua bahagian atas dan bawah. Sapu cream cheese  diatas lapisan pertama kek
 Biasalah kerja makcik tempe  mana  pernah semenggah

Untuk Toping
1)250g cream cheese Philadelphia(satu ketul)
2)1/2 tin susu pekat
3)1/2 ketul keju cheedar kraft
Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati.Sapukan ke atas kek dan tabur parutan keju cheddar. Sejukkan dalam peti ais dahulu kemudian potong dan hidang.
Leleh sangat cheesenya, bukan setakat kek kena cheese , lapik kek pun kena sekali.kah kah kah 

 Jemput makan








Tarikh : 28 January 2014, Selasa
Lokasi : Rumahku syurgaku





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang