Thursday, 31 January 2013

Rentetan perjalanan hidup ; pengalaman itu banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan yang sebenar

Gambar credit to google


Sebuah rumah lama di Tanjung Malim yang terletak diseberang sungai yang menjadi sempadan antara negeri Perak dan Selangor   telah banyak meninggalkan kesan mendalam dalam hidupku. Di situlah bermulanya perjalanan baru dalam diari  hidupku.Di situ juge aku belajar mengenal warna sebuah kehidupan. Tiba-tiba kenangan itu menerjah kembali............Terlalu banyak untuk aku ceritakan tapi tak terluah sebab aku bimbang disalahertikan dan disalahtafsirkan.. InsyaAllah  tiba masanya segalanya-galanya  akan  aku  ceritakan .*macam lirik lagu teman penganti je*


Setakat ni saje yang dapat aku ceritakan , aku akhiri cerita ini dengan cerita mimpi. Semalam aku bermimpi lagi. Mimpi aku kali ni  entah dalam  kategori apa pun aku tak tahu. Fikir punya fikir aku kategorikan  "nampak macam tak de hal lama kelamaan boleh bawak malapetaka".Mimpinya begini ketika aku sedang mengisi perutku yang berkeroncong , aku didatangi oleh seorang  hamba Allah.Cukup ceria wajahnya sambil menghulur tangan untuk bersalaman denganku.Yang peliknya aku tak tahu samada itu tangan lelaki atau perempuan.*&%$#@ =tanda bingung


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 30 January 2013

Jangan jadi budak-budak ; dah tua bangka buatlah cara tua bangka

BUKU NOTA UPIN IPIN
BUKU PANDUAN SOLAT UPIN IPIN
BOTOL AIR
FIGURA MINI UPIN IPIN
Baru kejap tadi aku  login Upin -Ipin online store, .Bila dah login, senanglah nanti  aku nak menyoping barangan original upin & ipin. Jangan ketawakan aku sangat, aku memang macam budak-budak pantang nampak  barang-barang  permainan yang comel dan cute mesti nak rembat.  Lebih sudu dari kuah .Keadahnya anak-anak cool, mak yang lebih-lebih.

Entah macam mana pagi semalam masa  aku masuk ke dalam  kedai  Petronas hendak membeli  air mineral aku ternampak barangan upin-ipin dijual disitu. Aku apa lagi tanpa berlengah  terus merembat buku panduan solat upin & ipin termasuk  botol air  dan  buka nota kecil upin ipin. Terlebih ekcited mengalahkan Firdaus pulak aku ni.Huk huk huk macamlah  kat rumah aku tak de buku solat."hurmmmm  mana tahu dengan buku panduan solat upin ipin Firdaus akan lebih berminat untuk belajar  solat,"aku kata dalam hati.*alasan*


Aku hampir terlupa nak bagitahu pembaca yang kucintai, malam tadi mimpi bertamu lagi .Tapi kali ini mimpinya  lebih pelik dan buruk .Tanjat  makcik tempe  Budak lelaki bermulut longkang itu telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ramlah Ram  pulak. Tak boleh jadi ni,.aku harus berjumpa  dengan  tok nujum demi meleraikan dan mentafsir mimpi pelik dan buruk yang  ku alami. Pelik benar rasanya mimpi ku kali ini.Macam manalah Ramlah Ram yang tiada kena mengena dalam hidupku boleh masuk dalam mimpiku  kali ni. Dah sah sah muka dan badan awek alam bunian ada mirip-mirip atau iras-iras Ramlah Ram : )





Sekian saje cerita aku dan barangan upin ipin dan mimpi buruk








 Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .



seloyang dua kek gula hangus dari dapur makcik tempe

Nak juge tajuk yang ada sedikit persamaan  dengan kak ct delima. Alah relaxlah sekarang ni kan ditengah musim menangguk di air keruh , Kalau tak  faham  maknanya  sila google. 

Berbalik pada tajuk asal ; hari tu aku ada bagitahu diblog ini yang  dimasa cuti 4 hari lepas aku  banyak  menghabiskan  masa  ditempat pertapaan serta membuat seloyang dua kek gula hangus.Bila sebut pasal gula hangus entah kenapa dari dahulu sampailah sekarang aku memang teruja sangat dengan  makanan yang mengunakan gula hangus atau karamel dalam bahan-bahannya terutama dalam   kuih muih, pencuci mulut  dan kek . Apam gula  hangus  hasil air tangan arwah mak adalah makanan pertama yang berasaskan gula hangus yang pernah aku makan .Semenjak dari tu aku terus jatuh cinta dengan makanan  yang berasaskan gula hangus.

Maka terimalah kek gula hangus aku seadanya: )

 Gula hangus

 Sedang bersedia  untuk dibakar dalam oven
 Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 45 minit


Resepi dicilok dari dapur kak CT Delima


Adunan kek gula hangus

Bahan gula hangus :

1 cawan gula pasir 
1 cawan air panas 

Cara membuatnya :
1 cawan gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula cair sepenuhnya barulah masukkan 1 cawan air panas kedalam gula hangus tadi bermula dari tepi periuk. Hati2 dengan gula yang panas sewaktu masukkan air kerana gula akan meletup2 dan terpercik.

Bahan Kek :
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
4 biji telur 
3 sudu besar butter
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara membuatnya :
1. Alas loyang atau acuan dengan kertas minyak dan glis dengan butter - ketepikan.
2. Pukul butter dengan telur hingga sebati. Tak perlu pukul hingga kembang, cukup dipukul hingga adunan sebati saja.
3. Masukkan susu pekat manis dan masukkan juga gula hangus tadi. kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Dan kacau lagi hingga adunan rata. Perapkan sebentar dalam 10 minit.
5. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama lebih kurang 45minit hingga 1 jam atau boleh uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila ditarik keluar lidinya bersih tandanya kek sudah masak.

Kek gula hangus rasanya memang terbaek, cuma di masa akan datang  kalau aku buat lagi kek ni aku tak nak menderhaka dengan resepi kat CT Delima. Ada ke patut akak tu tulis 1 cawan tepung gandum aku bantai 2 cawan, hambik ko kek aku menjadi sedikit keras.



Sekian saje cerita aku dan seloyang dua kek gula hangus .InsyaAllah kita dapat berjumpa lagi dilain hari dan waktu.






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 29 January 2013

ipen ; Touch me first ; I can read

Selepas 3 hari bermuhasabah diri dari  khamis sampai sabtu akhirya hari minggu  tu  aku keluar dari tempat pertapaan.Lamanya aku bertapa. Entah apa yang  aku buat pun aku tak tahu. Seingat aku adalah  seloyang dua kek gula hangus yang aku buat , Nak kata aku sibuk memasak tak delah kot. Buat apa nak masak sangat pun minggu ni  Yuyi dengan gula-gula hack  tak balik ke rumah  sebab sekarang ni dorang tengah sibuk dengan  urusan pindah   rumah . Jadi,  aku masak  ala kadar je untuk suami dengan Firdaus makan.

Hari minggu selepas keluar dari tempat pertapaan, aku ajak firdaus  jalan -jalan cari sarapan di area kawasan berhampiran dengan taman perumahan tempat aku tinggal(ceritanya akan menyusul kemudian) .Petangnya pulak aku bawak  dia ke  JJ bukit tinggi untuk membeli  buku-buku  cerita Inggeris Firdaus kat kedai buku popular

Hai kejadian ; 27 January 2013 ,hari minggu  .masa ; lebih kurang pukul 5.30 petang

Masa ni budak musyuk tengah selsema teruk
Memandangkan masa tu Firdaus tengah selsema aku rembat sepasang baju sejuk untuk Firdaus .Masa tu gak aku sarung kat dia punya  badan .
spesis posing entah apa-apa : )
Dalam  Popular bookstore, masa ni aku sedang  mendengar penerangan lanjut mengenai ipen dari salah seorang pekerja di situ.

Selepas mendapatkan  ipen idaman hati , Firdaus mengajak  aku  ke tempat wajib Big Apple Donut ; Aku beli 6 ketui donut ,  2 ketui Firdaus makan kat situ yang selebihnya aku bawak balik.ke rumah .
Dalam train komuter dalam perjalanan balik ke rumah


ipen ; Ikuti Testimoni dari  seorang makcik yang kini sedang giat menjalankan perusahaan tempe  
Dengan adanya i-pen ni makcik yang buta bahasa Inggeris  tak perlulah nak   merangkak-rangkak mengajar anak makcik membaca buku cerita  dalam bahasa Inggeris.Mulai sekarang ni  makcik banyak  menghabiskan masa  dikilang tempe makcik. Begitu indah hidup makcik sekarang ni, anak makcik boleh membaca buku bahasa Inggeris dengan pertolangan ipen, makcik pulak boleh meninjau pekerja makcik membuat tempe,tak gitu. Amboi nampak gayanya bertambah majulah perusahaan tempe makcik : )
 happynya  anak makcik tempe
Senangnya membaca buku cerita bahasa Inggeris mengunakan i-pen , kita hanya sentuh sahaja   ipen kat nombor muka surat buku cerita  dan  ipen akan membacakan  ayat demi ayat mengikut perenggan.Part yang paling best ,  objek dalam gambar akan bersuara atau berbunyi bila disentuh dengan ipen..
Entah kenapa semenjak dua menjak ni aku suka sangat mengumpul buku cerita kanak-kanak dalam  bahasa Inggeris .
ko mampu baju tidur gambar kapal terbang : )


Sekian saje cerita aku , tempe dan ipen



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

mimpi yang tersirat disebalik tersurat


Pagi tadi masa dalam kereta kak limah aka  dewi penglipurlara

Aku : akak  peninglah kak limah bila memikirkan  mimpi akak malam tadi .Tak pernah lagi akak  mimpi seburuk tu sebelum ni

kak limah aka Dewi : arghhh ko ni kak macam-macam je

Aku : wa cakap lu  kak limah, lain macam punya mimpi ,naik meremang bulu roma akak ni.

Kak limah aka Dewi : cer cite cer cite

Aku : budak lelaki mulut longkang cum musuh ketat akak  tu putus tunang.

kak limah aka Dewi : bila masa budak lelaki tu bertunang?

Aku : kau ni lemaulah, hari tu kan akak  ada cite kat kau yang tunang dia tu pelakon drama spektra tahun 80an.


kak limah aka Dewi : oh ye baru saya ingat, lepas tu apa cer

Aku : dalam mimpi tu,Lepas dia putus tunang  dia terus  ucah awek alam buniannya itu opssss  .saper suruh  main-main dengan makcik tempe???

Kak limah aka Dewi :  hari tu akak kata nak tunjukkan kat saya nota luahan cintanya  terhadap awek alam buniannya  yang akak telah copy paste itu. 

Aku : memeh lah kak limah, bawak bertendang ye.Biar akak habiskan cite mimpi ni dulu.

Kak limah aka dewi : okeylah apa terjadi selepas tu?

Aku : entahlah akak dah banyak  lupa.Seingat akak  tetiba  suasana jadi gelap dan bila keadaan  kembali terang akak lihat budak lelaki  yang putus tunang  sedang bersanding dengan awek alam buniannya  di atas pelamin yang tersergam indah. argh ko mampu

Kak limah aka dewi : simbolik dan puitis serta amat  mendalam sungguh  maksud mimpi kau tu kak . Aku yang dah biasa  bermain dengan bahasa putis ni pun terlalu sukar hendak menafsir  maksud disebalik mimpi itu.

Aku : hak tuiiiiiiiii pandai bahasa puituis  konon  arghhhh tu dia  "KARABENA"  dah sampai, meh kita tapau apa yang patut.








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 27 January 2013

Masih bermuhasabah diri ; kembali ke tabiat lama

Aku masih dalam mode   bermuhasabah diri : )


Dah  banyak kali  makcik pesan kat kau, jangan main  api nanti terbakar diri, sarang tebuan  jangan dijolok , bahaya jangan dicari. Kalau kau jentik makcik sekali, makcik jentik kau 20 juta kali. manyaknya makcik . Tapi kau bagus, kau  bertindak mengikut ijazah dan degree yang kau miliki. Itulah lenkali jangan ingat makcik pengusaha tempe ni tak pandai IT.  Pesan makcik ; lenkali berhati -hati dijalanraya, kau tu lelaki buat cara lelaki , kalau boleh  jangan rapat sangat dengan pasangan saiko tu nanti kau sekali jadi saiko, saper susah mereka dan keluarga mereka juge yang susah. Ha ha ha!  jangan marah ye  makcik sudah mengcopy paste dot dot. Okeylah  makcik  cau dulu,  kat dapur tu berlambak  lagi kacang  soya yang makcik kena ragi untuk jadikan tempe. ye ke macam tak percaya je ?????

Tarikh kejadian 26 Jan 2013 ; masa ; pagi hingga malam
Abaikan timun yang agak menjolok mata itu, janji fresh ketika dimakan. Sarapan pagi bihun goreng, juadah  untuk makan  tengahari pulak aku masak nasi lemak sekali harung untuk  juadah makan malam *kelazyan disitu*
 Makannya 3 orang , nasi lemaknya seperiuk hentak
 budak yang sentiasa ceria bila dapat makan "NASI"
Tabiat lama ; makan sambil menyelak majalah 


wa tengah bizi ni, InsyaAllah bersambung dilain hari dan waktu.......................





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 25 January 2013

Selamat menyambut hari Maulidur Rasul 1434h ; Jangan kaco ,aku tengah muhasabah diri ni .......


Astagfirullahal'adzim..................aku mengucap panjang .Macam mana anak muda tu  boleh mengeluarkan kata-kata yang dahsyat , dahsyat dan dahsyat  aku tak  dapat teruskan ayat aku.*tetiba je aku bajet ustazah pilihan*

Nun di sana aku lihat lalang banyak  merimbun di merata tempat. Lalang ni spesis rumput yang cepat membesar. Lalang ni gedik suka melentok-lentok mengikut arah angin.Bila angin tiup ke kiri ke kirilah ia, angin tiup ke kanan ke kananlah ia .Kita jangan ikut resmi lalang , makin berisi makin tegak , kita ikutlah resmi padi makin berisi makin tunduk .Itulah lalang yang tidak mendapat tempat dihati kita sebagai manusia .


Aku rasa  aku perlu lebih banyak diam dan bermuhasabah diri . Aku kembali menatap muka  aku dicermin. Astaghfirullahal'adzim.........











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 23 January 2013

Diari Datin Markonah

Sila fokus kepada sembonia hitam tu. he he datin markonah yang punya.
Ahli persatuan sabit merah , ye ke atau kawan datin markonah?
Pisang ke tu ?

kanak-kanak ribena




Pukul 12.40 tengahari ; Aku dan dua orang teman sepersatuan melawat AJK rombongan cik kiah ke sukan olimpik  yang sedang menghidap demam kus kus

Pukul 12.50 : sorang doktor pompuan melayu  timur(kutekan disitu melayu timur) masuk menghadap ajk,  spesis tak berbudi bahasa tetiba je "kenapa  tak pakai mask, nanti check semua A++. " "haish mendoakan yang tak baik bapak kau tak bagi salam tetiba je, sekolah tinggi tapi..............."Aku kata dalam hati. Selebihnya sambung sendiri.


Pukul 12.50 : sorang pompuan muda melayu timur masuk dalam keadaan tergesa -gesa menghantar tray makanan, "hari ni saya keja sorang,sekejap lagi saya nak ambik tray ni ye." Aku perhatikan Ajk yang sedang demam panas terpinga-pinga dia sempat  bertanya  kepada pompuan tadi "nak makan pakai apa dik?  "by hand," jawab pompuan tadi sambil menunjukkan isyarat  tangan.


Pukul 12.50-1.00 petang : Sessi bergambar dengan ajk rombongan cik kiah ke sukan olimpik


Pukul 1.05 petang ; sessi beramah mesra dengan dua ahli rombongan cik kiah ke sukan olimpik  yang sedang  demam kus-kus.  Setelah mendengar  penerangan ringkasku mengenai penyakit yang mereka hidapi ,aku nampak ada sinar keinsafan dimata dua ahli rombongan itu .Lagilah bila mereka tahu yang selama ini aku dah pernah bergelumang dalam dunia dot dot dot(hanya mereka je yang tahu)kwang kwang kwang. Pada aku  marah dan kekerasan bukanlah cara yang terbaik untuk mengubah sikap masyarakat.haish apasal tetiba je aku berfikir seperti seorang professor dan pakar motivasi yang begitu cemerlang diseantero dunia.


Pukul 1.15 petang ; bersalam -salam berpeluk -peluk cium pipi dengan AJK dan dua orang ahli persatuan yang lain . Cian muda lagi  umur lebih kurang 17an  ngan 20an


Hampir 30 minit selepas berada di sana aku dan dua orang teman tadi bergerak meninggalkan bangunan yang banyak meninggalkan kesan dalam diri ini.Terlalu sukar untuk aku rungkaikan. Hanya Allah SWT saje yang tahu apa yang tersirat dibalik yang tersurat.Sebelum berangkat pulang aku sempat menitipkan pesanan buat dua orang adik yang cantik manis "makan ubat" 50 kali


Semoga AJK rombongan cik kiah ke sukan olimpik cepat sembuh : )


Ikhlas dari Datin Markonah , apeeeeeeeeeeeee datin markonah come back



yes , itu budak kilang tempat aku bekerja dan dia mempunyai blog ; Tak semestinya mulut yang longkang itu mempunyai hati yang sama longkang..isu yang harus kita kupas bersama : )

Mana boleh bagi tahu saper orangnya.............. tak tau berapa ribu orang kat ofis ni yang baca blog aku tapi tak nak mengaku.......hipokrit di situkan?*baca boleh percaya jangan*tapi lelaki yang membuatkan aku bengang tu memang budak kilang.Budak kilang  itu memang luarannya tak nampak  jamban tapi mulut dan hatinya  ada sedikit  jamban  *feningkan*

Selepas kejadian itu , hati  ini memang benar-benar mendidih, rasanya  mahu saje aku layangkan penumbuk ke muka dan  mulut jamban budak lelaki  itu. Nasib baiklah belum ada  syaitan yang mencucuk-cucuk tangan aku ni kalau tak haish!! haish!!! aku tak tahu apa yang akan berlaku . Selagi boleh sabar aku sabar kalau dah tak boleh sabar garenti aku bertindak mengikut arahan kepala lutut aku. Musibabnya perangai budak lelaki poyo ni."Aku bercakap dengan suara -suara yang serak basah ala macam suara awie tu.hoiiiiiiiiiiiiiiii apahal ni? saper baling selipar lagi ni.kuang ajarkan...........


Petang semalam  entah apa yang dah merasuk fikiran aku , balik kerja aku terus suruh suami berhentikan motor kat kedai Acheh , tetiba je mood memasak aku sampai , apalagi jam tu gak tangan aku capai ikan , sotong , dan sayur -sayuran.Yeah !!!!!bila aku tengah marah otomatik kerajinan aku sampai, itulah salah satu sikap aku yang paling buruk yang korang kena tahu  selain dari tabiat  membasuh tuala mandi setiap hari. Cerita panas ni disambung dan  diaktifkan  oleh jin pakai toncit


Balik kerja petang semalam aku masak simple je, aku  buat ikan cencaru bakar, sayur pulak aku goreng
kangkung belacan


hasil rembatan dari kedai Acheh yang berdekatan dengan rumah aku

sayur-sayuran wajib ada
Aku bakar ikan cencaru dalam chefal kesayangan : ) Sebelum ikan dibakar  harus ikan itu  dibedung  mengunakan aluminium foil supaya badan ikan  tak melekat didasar chefal kemudian  bendung ikan itu dengan sedikit daun kunyit.terimak.Sebelum dibakar titikkan sedikit minyak di atas ikan tadi.
 Status ikan cencaru bakar ni macam goreng pun ada. Kasihan bila ikan cencaru bakar dah terlebih bakar : (

Pencicah ikan cencaru bakar ; 

Aku ambil 3 ekor sotong  buat rencah kangkung goreng belacanku ; Siang sotong , basuh berseh  dan sejat airnya

Bahan -bahan tumisan yang akan  dikisar kering  sederhana halus ; 5-6 biji cili api yang tak berapa pedas , sedikit belacan , 2 biji cili masak, 3 ulas bawang merah dan dua ulas bawang putih .Basuh semua bahan-bahan terlebih dahulu sebelum dikisar. Belacan pun aku basuh boleh gitu.Tak senonohkan perangai aku.

Cara-cara membuatnya

 Tumis bahan kisar  didalam  sedikit minyak panas  hingga  naik bau dan pecah minyak . guna api sederhana besar. Bila bahan tumisan dah pecah minyak kita masukkan pulak sotong yang dah dipotong dan disejat airnya dan terus besarkan api. Kacau kaup balik sotong tadi kemudian masukkan kangkung yang dah dibasuh dan  dituskan.Kacau dan kaup balik, akhir sekali masukkan sos tiram sebagai penganti garam dan serbuk perasa.


kangkung goreng belacanku yang menjadi feveret Firdaus 
Sempat lagi aku perhangatkan sambal sardin balance juadah malam semalam
Budak yang tak sabar  menunggu aku menyiapkan hidangan makan malam
Laju je Firdaus makan nasi bila ada ikan cencaru bakar dengan kangkung goreng belacan


Sekian saje cerita aku dan juadah makan malam tadi



Sempena esok umat Islam semua menyambut  hari kelahiran Nabi Muhammad SAW  marilah sama-sama kita alunkan Selawat ke atas Rasul junjungan kita. Aku tengah beristighfar, cerita budak kilang bermulut jamban  aku  KIV sehingga ke satu tarikh yang  akan diberitahu kelak.hoiiii saper baling  telur  tembelang ni.dush dush aku  tengah elak ni, haish nasib baik tak kena kat  dress  aku.


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 22 January 2013

Mulut longkang okeylah sikit dari mulut jamban ; gelilah dengan kawan lelaki aku yang 24jam update status kat facebook ni

 Bersambung cerita di sini, Hoiiiiiiiiiiiiii  berapa banyak selipar korang nak baling kat aku ni?  Sabarlah dulu sambungan cerita Duandee terpaksa aku hentikan seketika bagi memberi laluan kepada cerita yang lebih penting dan hot gitu. Gara-gara  budak hafiz ni aku kena KIV cite Duandee. Apa kena ko Hafiz meroyan atau dah lama hidup. Kenapa lu lebih sudu dari kuah?Gua  tak cari pasal dengan lu . Gua  cuma cari pasal  dengan  awek alam bunian lu . Wak lu , kenapa lu up status  kat facebook  "gua  pompuan bermulut longkang" . Kalau gua pompuan bermulut longkang, lu jantan mulut jambans.  hei!!  lu dah bikin  gua panas.Gua tak kacau lu beb.Gua pandang lu kecik besar kecik besar . Boleh tak lu jangan bagi gua  berfikir sebagai seorang ganster yang mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi hero KL Ganster 50. 

Gua tahulah lu frust dengan mak we alam bunian lu yang dah ada kekasih hati.Come to papa , meh nangis kat bahu papa, ala cian busyuk , frust ye. Itu lu punya pasal, gua tak de mengena dalam lu punya cerita. Gua tak pedulik , gua tengah panas ni. Gua dah copy paste segala pengakuan berani mati  lu yang cintakan  awek alam bunian dalam diam" Seriously lu memang jantang bermulut haram jadah jadam jadom kaho na pyar hai. Lu ingat dengan  mengikat pertunangan dengan seorang  pelakon spektra tahun 80 an , lu  boleh menutup spekulasi percintaan lu dengan awek alam bunian tu. .Cian tak de pelakon lain ke  yang lu nak ambik jadi tunang ?


Gua tak boleh cite-cite lebih pasal lu lah, Gua fening , gua rasa nak tampar mulut jamban lu 44 kali.Gelis tau I bila lelaki macam u  suka  sangat nak update status kat Facebook.opss gua lupa lu ada update status masa  lu   jatuh terhentak terduduk kerana  terpijak kulit pisang abu yang  gua baling?  milo ais lu yang sedap tu ada lipas?

Luahan hati panas terpaksa dihentikan  seketika bagi memberi laluan kepada cerita aku dan family makan-makan di Duandee pada petang 18 January 2013

Dah macam kiah propa

pengacau kucing tegar

hye, kenal saya tak ?

Oppa gangnam style
pengila cekak rambut tegar

Gula-gula hacks memang tak boleh berpisah dengan milo aisnya
Tomyam seafood
 sotong goreng tepung terbaek
 Kailan goreng belacan
 Telur bistik 
 yuyi dengan ketam tak dapat dipisahkan 
 motip makan sambil memerhatikan kucing
 dua orang budak yang dari pagi belum makan lagi : (



Sekian saje cerita aku, Family makan-makan di Duandee  dan jantan mulut jamban





Gua tengah tenang ni, gua nak lupakan awek lu yang macam ramlah ram dan lu yang macam Hafiz.Bukan apa bila gua ingat pasal lu, gua rasa jam  ni gak gua nak tarik rambut lu yang ketak-ketak tu kemudian tendang vontot lu 44444 juta kali sampai pipih vontot lu.boleh?





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang