Tuesday, 3 December 2013

tomyam ayam style makcik peria cum makcik tempe, langkah demi langkah

Brppp!!!!  kenyang syukur Alhamdulillah , Indahnya hari ni, pagi   dapat breakfast donut air tangan mak uzrei , lunch hour plak makan nasi dengan terung cili air tangan mak puteri. Kalau tiap -tiap hari macam ni alangkah bahagianya. Salute dengan ratu kebaya, sejak  cuti sekolah ni  rajin dia mengkek, mengroti, mengdonut, aku yang  mendengar ni  penat tapi dia aku tengok relax je... ~abaikan ayat BM aku~ .Tengok anak orang pandai makan kuih muih  meleleh air liur aku. Bukan maksudnya anak aku  tak makan kuih muih langsung , makan cuma sikit je.

Berbalik pada tajuk entry diatas ; sejak cuti sekolah  ni otak aku  ligat memikirkan berakfast dan menu  makan tengahari yang nak dimasak untuk Firdaus.Pikio punya pikio akhirnya... aku decide masak tomyam ayam style makcik peria.ko ado??

Kiub sup tomyam maggi menjadi penyelamat disaat aku kebuntuan idea memasak
Tumis bahan hiris sehingga naik bau

Bahan-bahan:
1)1/2 ekor ayam dipotong sederhana besar
2)2 kiub sup tomyam maggi
3)1/2 labu bawang holland [dihiris]
4)9 biji tomato cherry
5)2cm halia[dihiris kasar]
6)2 sudu besar sos tiram
7)8 biji cili api[dibelah dua]
8)3 batang serai dibelah dua dan diketuk
9)air dan gula secukupnya
Kecutkan ayam sebentar bersama baha-bahan lain
Cara menyediakan:
1)Ayam yang dicuci berseh digaul dengan kunyit
2)Panaskan minyak dan tumiskan  tomato ,hirisan bawang, halia, serai dan cili api sehingga naik bau dan agak kegaringan.
3)Masukkan ayam diikuti dengan sos tiram dan kiub sup  tomyam maggi- Gaul rata dan biar ayam kecut
4)Masukkan air dan biarkan mendidih
5)Perasakan dengan gula secukup rasa dan angkat
Tomyam ayam style makcik peria(udah dihak patenkan ).ha ha ha ha 







Tarikh : 3 Dec 2013, Selasa
Lokasi  : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang