Tuesday 24 December 2013

Suamiku@pakcik tradisional ; the legend of lengkong sirap

Sesekali kena jugak melayan tekak suami  aku yang  agak tradisional  agar suatu hari nanti aku tidak dicop  isteri durhaka. *tangan kat dada mata ke atas* Apa ada hal  kalau setakat nak buat lengkong sirap@ lengkong nostalgia yang sering dibuat  oleh mendiang neneknya dahulu kala  ko ado , jangan dia ada cita-cita nak suruh aku buat wajik sudah.  Jangan tak tahu, wajik & dodol juga salah satu makanan feveret dia.

ko mampu, minggu ni je dah dua kali aku buat lengkong sirap : )
 Fresh from pokok pandan depan rumah

 Bahan-bahan
1)25gram agar-agar tali [gunting pendek]
2)3-4 helai daun pandan[disimpul rapi]
3)1 liter air
4)1 1/2 cawan gula pasir
5)1 tbsp/sudu besar pati sirap rose  [aku guna pati rose cap bunga rose]
Cara menyediakannya

1)Masak agar -agar  dengan air sehingga agar-agar  hancur
2)Masukkan gula secukupnya [kacau hingga adunan larut dan sebati]
3)Masukkan pati sirap dan daun pandan[biar agak mendidih]
4)Tapis dan tuang ke dalam loyang
Biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais
Pakcik tradisional lebih suka makan lengkong bentuk empat segi dari pada lengkong yang beraneka macam bentuk.








Tarikh : 23 December 2013, Isnin
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Mari buat lengkong sirap






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )