Sunday, 22 December 2013

Semua tentang "PINGGIR" ; Dunia Hilang Tambun@Lost World of Tambun

Aku suka menyepi , aku suka meminggir diri tapi ini bukan bermakna aku tak suka berkawan. Sejujurnya  belum pernah lagi aku berniat untuk meminggirkan  atau menyisihkan sesiapa dari dalam hidup aku. Mengapa perlu rasa terpinggir mengapa harus rasa begitu  sedangkan  Allah SWT  itu  tidak akan pernah meminggirkan setiap hambanya. Kalau masih ingin memendam rasa itu lebih lama lagi jadi silakan terus rasa terpinggir  sehingga mataku tertutup rapat. Aku tahu yang kadang -kadang kita sendiri tak tahu kenapa  rasa terpinggir itu wujud dalam hati kita.  Tapi kalau benarlah rasa itu wujud buang jauh-jauh rasa itu InsyaAllah suatu hari nanti kebahagian pasti  datang tanpa diundang.Kita pinggirkan sejenak cerita kusut . Leraikan segera kekusutan. Aku mulakan cerita dengan cerita percutian bersama keluarga di Tambun , Ipoh.


Setiap kali  bercuti  "EMAK" dalam kategori makcik  tak pernah  lupa untuk membawa bersama bekal makanan dan minuman .

Akak dengan abang terasa hendak membuang hajat mereka singgah sebentar di sebuah tandas awam  di pinggir jalan.
Abang sedang duduk di pinggir jalan sambil  menghisap sebatang rokok.
Abang terpinggir dalam dunianya  sendiri
Pusat makanan?????????????
Adik tidak pernah meminggirkan NASI
Sizzling Chicken& Chicken chop terpinggir

Adik terpinggir dalam dunianya sendiri ; makan
"AYAH" kategori pakcik  yang sering mandi sungai atau parit sedari kecil memang suka meminggirkan semua jenis Taman tema Air . Aku terkasima seketika bila pakcik cakap dia bukan haiwan nak kena pakai tag kat tangan, Struggle  dia  nak bukak tag kat tangan dia tu.
Minggirlah akak, mak nak merakam gambar abang

Kali pertama aku  makan puding sagu melaka bersama ais kerim vanilla . Sedap sangat,terus bedal dua sekali gus
Pakcik tidak meminggirkan lasagna beef

Sate lok lok

Period  dan emosi seringkali membuat aku rasa terpinggir
Adik merenung masa depan yang belum pasti

Senpat juga aku merakamkan gambar anak-anak sebelum balik
Lost World of  Tambun  terletak  di pinggiran Ipoh








Tarikh : 14 December 2013, Sabtu
Lokasi : Lost Word of Tambunm Ipoh







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang