Wednesday, 18 December 2013

Nasi lemak & karipap Medan Selera Dato Sagor


Badan yang letih dan  lapar  terus terubat  apabila melihat persekitaran yang berseh dan indah. Nyamannya bahagianya rasa... bila sesekali dapat lari dari hiruk pikuk kota metropolitan,,,,cehhhh wahhhh
"Adik !!bagi makcik nasi lemak daun pisang 5 bungkus."
" Lagi makcik?"tanya  adik manis sambil tangan laju memasukkan 5 bungkus nasi lemak ke dalam plastik merah.
"Dik! bagi makcik karipap 6 ketul , ayam dua ketul, bahagian peha ye,kira dik berapa?"
"semua RM7, "jawab siadik manis sambil tangan laju mengisi karipap dengan ayam aku ke dalam plastik.
"murahnya dik,"aku kata.
Adik manis spontan jawab,"syyyy  kita memang bagi discount cik."
"Baiknya orang  Ipoh,"aku bisik dalam hati.

Sambal Nasi lemak terbaek  dan  dua ketul ayam goreng
5 ketul karipap terbaek
5 bungkus nasi lemak daun pisang  terbaek

"Adik , akak sedapkan karipap tu."
"yelah mak, adik ko pegi  beli lagi karipap ni." Yuyi spontan memberi arahan kepada adik



Adik mengikut arahan. Selang beberapa minit , adik datang bawak dua ketul karipap. "Mak!!karipap dah habis  tinggal dua ketul je.  "tak pelah. Sedap sangat kot , tu yang habis cepat,"aku kata. "Mak!!! awek ipoh peramah juga  ye,"kata adik spontan. Aku senyum je .















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang