Monday, 9 December 2013

langkah demi langkah Bun sambal ikan bilis #resepimakciktempecummakcik peria

Amboiii boiii boiii  dah lamanya aku tak meroti. Tak de angin tak de ribut  tetiba je  pagi  sabtu   jejari gebus ni terlebih rajin nak  menguli doh roti. Kebetulan  semua  bahan-bahan yang diperlukan ada di rumah dan cara membuatnya pun agak mudah tu yang laju je menguli.  Hujung minggu seronok sikit nak membaking, meroti , memasak bagai  sebab  anak-anak aku ada kat rumah , dorang boleh kasi perhabis jadi tak perlulah bimbang membazir  : )
 kuang ajarkan,tepung company tak nak guna boleh plak guna tepung Nona, lek lah
Bahan-bahan:
Bahan A
1)350gm tepung top
2)dua sudu besar  susu tepung
3)secubit garam
4)2 sudu besar shortening /butter(aku guna shortening)
Bahan B
6)1 sudu besar serbuk yis(aku guna mauripan)
7)2  sudu besar  gula castor
8)Air secukupnya
Cara menyediakan :
1)Bancuh yis  dan gula castor bersama  120ml air suam.ketepikan.
2)Gaulkan bahan A sebentar
3)Campurkan bahan A dan B ,masukkan air sikit-sikit dan  uli hingga licin dan lembut(aku guna mesin pengadun)
4)Uli hingga dapat doh yang licin dan tak melekat ditangan(aku cengkelat , uli guna mesin pengadun
5)Masukkan dalam bekas bertutup selama 30 minit  supaya  doh naik sekali ganda
6)Dah naik tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin
7)Bahagikan adunan kepada 12  bahagian atau ikut sukahati korang  .Isikan sambal ikan bilis dan tutup kemas.Susun dalam loyang yang telah disapu majerin.Buat sampai adunan habis
8)Perap sekali lagi selama  30 minit  supaya bun kembang
9)Bakar  dalam suhu 180 celcius selama  25-30 minit 
Abaikan bun yang terlebih sambal ikan bilis tu : )
10)Sejurus keluar dari oven ,sapukan permukaan bun dengan butter/majerin
my bun sambal ikan 
Lebih sambal ikan bilis lagi sedap ye dak














Tarikh : 7 December 2013, Sabtu
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Breakfast






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang