Wednesday 20 November 2013

resepi isi ikan kerapu goreng cili kering..........cuba lah try test

Kadang-kadang aku rajin nak update blog dan kadang -kadang malas nak update blog. Berblog ni ada pasang surutnya, seperti air dilautan kadang kala surut ada masa pasangnya. Dan  entah kenapa  waktu kecil dulu  setiap kali  melihat air laut surut , aku sering bertanya-tanya  kemana air laut pergi masa  tengah surut? kelakarkan ...tu dulu kisah masa  kecik tapi sejak dah jadi mak ni ..... aku dah tak de masa nak fikir hal remeh temeh.

Memasak lauk kegemaran anak-anak adalah satu aktiviti wajib  aku dihujung minggu
Kacang buncis terlebih edit  goreng bawang putih dan sos tiram  
 Cara mengasingkan isi ikan daripada  tulangnya  mengikut teknik jahanam  makcik tempe 
Bahan-bahan
1)1 ekor  ikan kerapu anggaran sekilo  diasingkan isi daripada tulangnya, kalau suka nyahkan sekali dari kulit. Aku  suka makan kulit ikan betterlah tak payah nyahkan. Lebihan tulang  dan kepala ikan  yang  terkumpul  tadi jangan dibuang, simpan dalam esbok  esok lusa boleh wat pemanis  bubur nasi ,stok ikan atau tomyam .
2) isi ikan kerapu yang telah diasingkan daripada tulangnya   dibasuh dahulu sebelum dipotong
3) isi ikan dipotong sederhana besar (Anggaran 2cm)
4)Gaulkan isi ikan dengan  kicap cair  kemudian dalam bancuhan sebiji telur .Sebelum digoreng dalam minyak panas gaulkan  isi ikan dengan  tepung jagung  satu persatu..
5)3 sudu besar kicap pekat
6)4 sudu besar sos cili Life
7)Sedikit Kicap cair[digunakan sebagai penganti garam]
8)1 labu bawang  Holland [dipotong baji]
9)3cm halia [ dihiris bulat-bulat]
10)4 tangkai cili kering[dipotong 2cm]
11)1 tangkai daun bawang[dipotong 1cm atau 2cm atau sukati koran pun boleh]
12)Sedikit air
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumiskan halia, bawang besar  dan cili kering sehingga berbau harum[masa menumis pastikan guna api sederhana]
2) Selepas itu masukkan kicap pekat dan sos cili. kacau rata
3)Masukkan isi ikan kerapu yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sekata
4)Kacau sekejap dan masukkan sedikit air(anggaran 100ml) dan sedikit kicap cair
5)Tutup api dan angkat . Masukkan dalam bekas dan taburkan daun bawang tadi.

Isi ikan kerapu goreng cili kering









Tarikh : 16 November 2013, Sabtu
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah Makan tengahari





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

No comments:

Pengikut Tegar : )