Tuesday, 12 November 2013

Kuali ; resepi kari ayam kampung tanpa MSG

Ayam kampung come back ..selagi tak up entry selagi tu duk meroyan. Tengah rajin ni baik update...  esok lusa tulat tengah malas memang taklahhhh. Bila  18 CPUV(cost-per-unique-visit) campaigns tengah running dalam blog ni, jadi aku kena running makcik update blog *bukan running man* .Ni dah riak ni makcik. Riak sikit je tak pe kan. okey okey makcik dah kembali sedar ,tengah pandang rumput di bumi ni...............

Resepi kari ayam kampung tanpa MSG
bahan tumis
Bahan-bahannya
1)sekor ayam kampung [dipotong sederhana besar]dibersehkan dan digaram kunyit
2)4 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, 2cm halia dan 1cm kunyit hidup-[dikisar]
3)setangkai  daun kari
4)sebatang kayu manis, 4 kuntum buah pelaga, , 1 tsp rempah campur
5)5 sudu besar rempah kari plus 1 sudu besar serbuk cili [dibancuh dengan sedikit air]
6)50ml santan
7)800 ml air
8)3 biji kentang[dipotong baji], carrot dipotong ikut suka, tomato cherry honey
9)garam
aksesori kari ayam kampung
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumis bahan 3 dan 4  serta bahan kisar [no.2]hingga naik bau
2)Bila bahan tumis dah naik bau , masukkan rempah dan tumis hingga naik bau
3)Masukkan ayam, kentang, carrot dan tomato dan kacau hingga sekata

4)Masukkan santan dan air  secukupnya[800ml air]
5)Reneh kari ayam dengan api perlahan hingga kentang carrot dan ayam empuk
6)Perasakan dengan garam secukupnya.Tutup api dan sedia dihidang
Bendi yang telah dicelur lembut
sedapnya bendi celur cicah sambal belacan
kari ayam kampung tanpa MSG






Tips berblogging cara makcik karipap

Tajuk entry penting  untuk menarik pembaca ke blog kita. Entry ala ala tak pe yang penting tajuk entry kena tip top, letaklah  tajuk apa -apa pun mengikut kreativiti korang asalkan tidak  menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan negara atau menyentuh peribadi orang lain.

okelah aku bagi contoh tajuk yang tip top "Resepi nasi lemak mak aku paling sedap  di planet bumi"  tetiba aku rasa macam fail je bab bagi contoh ni.








Tarikh : 12 November 2013, Selasa
Lokasi :  Rumah sendiri
Peristwa : Juadah  makan tengahari




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang