Friday, 8 November 2013

Ikan makarel goreng cili pun sodap ; Resepi ikan makerel goreng cili

Minggu lepas  masa  beli barang kat Jaya Jusco , nampak ikan makerel biru terus aku sambar. Rasanya macam dah lama je  tak masak ikan makerel ni . Selalunya ikan ni aku buat goreng cili je. Cuba  try test  makan nasi panas dengan ikan makerel goreng cili .......heaven siotttt.

1)ikan makerel dibersehkan kemudian isi ikan dihiris  dengan  menguna  pisau yang tajam. Isi ikan dipotong sederhana besar secara menyerong.Gaul sekata isi ikan tadi dengan sedikit garam dan rempah kari.Sebelum digoreng , gaulkan ikan tadi dengan sedikit tepung jagung.
ikan makerel yang telah digoreng garing

Bahan-bahannya
1) Ikan makerel yang telah digoreng
2)15 biji cili api dikisar(lebihkan untuk extra hot berganda-ganda) 
3)1 labu bawang besar  holand dihiris bulat-bulat
4) 6 ulas bawang merah dikisar
5)4 sudu besar sos tomato
6)Sedikit air
7)Gula, garam dan secubit serbuk perasa
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau
2)Setelah bawang kisar naik bau , masukkan cili api kisar dan tumis hingga pecah minyak.Guna api sederhana dan sentiasa kacau .
3)Setelah semuanya  pecah minyak, masukkan sos tomato diikuti dengan sedikit air .Boleh ditambah air jika kuah terlalu pekat
4)Perasakan dengan garam , gula dan sedikit serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa
5)Masukkan hirisan bawang besar .Gaul rata dan masak sekejap hingga bawang layu
6)Tutup api dan angkat sambal tadi dan curahkan ke atas ikan makerel goreng

My ikan makerel goreng cili ; tetiba ada my disitu : )
  Terung yang  telah digoreng
Bahan-bahannya 
1)7 biji terung sederhana besar dibasuh , dibelah dua dan digaul dengan sedikit garam.Panaskan minyak  dalam kuali dan goreng terung.Susun terung  dalam pinggan.
2)5 ulas bawang putih dicincang
3)4 sudu besar osyter sauce
 Cara menyediakannya
1)Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih cincang hingga naik bau dan kekuningan
2) Setelah bahan tumis naik bau  , masukkan osyter sauce , masukkan juga sedikit air . Kecikkan api dan kacau sekejap.
3)Tutup api, angkat sos tadi dan curahkan ke atas terung goreng.
Terung goreng with osyter sauce
Adik kata ikan makerel goreng cili  ni sodap, lenkali dia suruh masak  macam ni lagi: )








Date : 4 November 2013, Monday
Lokasi ; Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang