Thursday, 31 October 2013

tomyam ayam dan peria goreng caraku ; Langkah demi langkah cara memasak tomyam ayam dan peria goreng

Entah apa yang sedap dengan peria pun aku tak tahu .Tapi apa yang aku tahu peria adalah salah satu sayur yang menjadi kegilaan aku dulu kini dan selama-lamanya.Maaflah jika aku meletakkan  perkataan "kegilaan" pada tempat yang tak sepatutunya tapi percayalah ianya tidak bermaksud apa-apa pun  cuma nak bagitahu korang yang  perkataan "kegilaan" itu   merujuk  kepada "betapa    addictnya" aku kepada peria terutama peria katak.  "I Love peria bery much"  Tetiba teringat pulak dulu  masa mengandungkan Firdaus,,masa permulaan mengandung tekak dengan mulut  selalu rasa mual,loya ,pahit , payau dan perkataan seumpama dengannya cuma belum sampai tahap muntah je. Selama tekak rasa tak sedap tulah aku masak peria tak kiralah  peria goreng atau peria masak lemak cili api dengan  pedal & udang untuk dimakan bersama nasi.Syukur Alhamdulillah sejak makan peria tu   tekak mula kurang loya , mual  , pahit , payau dan segalanya   ,selera makan pun makin bertambah.

Masa masuk my mydin nak cari peria katak  minggu lepas, mata ni terpandangkan sos rojak dengan madu keluaran FAMA. Dan entah kenapa bila aku tengok  sos rojak tu air  liur  meleleh, tekak ni macam teringin nak makan rojak buah.Arghhhh tetiba  geram  dengan tekak sendiri , bukan apa selalunya yang suka asam, mangga cicah kicap , dan rojak buah  ni somi aku je.ha ha ha karma what goes around comes around, hambekkk ko saper suruh ngutuk somi : (
tak boleh lawan rojak mak bee, kalau dorang lebihkan  petis (otak udang) mungkin rasanya sama dengan rojak mak bee. 
Memula  hiriskan dulu  mangga mudah, timun, sengkuang , ceh ceh poyokan 
 Masukkan  kesemua bahan  hirisan tadi ke dalam  bekas , kemudian  masukkan sos rojak sedikit demi sedikit dan gaul sekata.

3 ketul peria katak sederhana besar

Bahan-bahannya
1)segenggam cili api dikisar kering(Saper suka pedas boleh tambah lagi segenggam .....alang-alang menyeluk pekasam biar sampai cirit la la la)
2)4 ulas bawang merah plus,dua ulas bawang putih dan 1 cm kunyit, dihiris dan dikisar kering
3)1/2 genggam ikan bilis, dicuci bersih dan dikisar kering
4)Peria yang telah dihiris nipis dan direndam dengan air garam
5)Garam, gula dan secubit serbuk perasa.
tomato ceri-kuantiti ikut suka kalau  tak de pun tak pe
Peria dihiris nipis dan direndam dengan air garam sekejap.Setelah  direndam dalam 1/2 jam barulah dibasuh dan dituskan
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumis bahan 2 sehingga naik bau
2)Bila bahan 2 dah naik bau , masukkan ikan bilis kisar diikuti dengan cili api kisar  dan tumis sehingga pecah minyak 
3)Setelah semua bahan  naik bau , masukkan tomato ceri diikuti dengan peria, masak peria sehingga lembut
4)Akhir sekali masukkan gula, garam dan secubit serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa
peria plus tomato ceri  goreng cili 
Bahan untuk membuat tomyam (anggaran  ayam separuh ekor)
1)Separuh ekor ayam dibersehkan dan dipotong sederhana besar
2)Satu labu bawang besar holland dihiris
3)6cm lengkuas diketuk dan diptong sederhana besar
4)4 batang serai 3-4 batang serai dibelah dua
5)4-5 helai daun limau purut
6)10 biji cili api dibelah dua(saper suka pedas boleh buh sekilo cili api)
7)sebiji limau purut(ambik jus)
8)5-6 sudu besar paste tomyam mae pranom(kalau tak de mae pranom, paste tomyam adabi pun on)
9)1 batang carrot sederhana besar dipotong baji
10)Garam dan gula
Ayam yang telah dibersehkan dan dipotong sederhana besar
Cara menyediakannya
1)Panaskan satu sudu besar minyak  dan tumis hirisan bawang holand dan diikuti dengan bahan 2-4 sehingga naik bau
2)Bila bahan tumis dah naik baru , masukkan paste tomyam diikuti dengan cili yang telah dibelah dan tumis sehingga naik bau
3)Setelah semua bahan sebati dan naik bau , masukkan ayam dan biar ayam kecut sekejap
4)Bila  ayam kecut masukkan 1 liter air diikuti dengan carrot dan biar sampai carrot empuk
5)Sebelum angkat perahkan jus limau nipis dan masukkan sedikit garam dan gula .Pandai-pandailah seimbangkan rasa.
Tomyam ayam





Pesanan  makcik peria ha ha ha tetiba je makcik peria, sukatilahhhhhh

*Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau*









Tarikh : 19 Oktober 2010, Sabtu
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang