Monday 21 October 2013

Rombongan cik kiah ke Cameron Highland ; Gerai MDCH dan Cactus Valley , Taman Agro Tourism

Masa  kami bertiga breakfast buffet  di sini,  Firdaus dengan ayahnya masih tidur.Malas nak menganggu mereka tidur  nanti pandai-pandailah  aku tapaukan sarapan untuk  mereka  dari gerai berdekatan.
Jom ikut aku beli sarapan kat gerai(kalau tak silap aku gerai MDCH) berkanopi putih tu. Harga makanan  sama jelah mana-mana tempat pun. Aku akui, aku memang tak pandai  nak  buat perbandingan harga makanan sebabnya  aku ni jarang tanya harga setiap kali  beli barang terutama beli makanan.sedihhhhh.

Firdaus dengan suami aku belikan nasi lemak berlauk .Suami memuji habis kesedapan sambal nasi lemak gerai berkanopi putih : )







                                      First time aku tengok plastik siap ada tali disekelilingnya
Nugget dengan sosej cheese

Lepas Firdaus siap sarapan, mandi, dalam pukul 10.30 kami gerak ke kaktus valley AKA Taman Agro Tourism
Adik nak 5 pasu kecil kaktus, akak belikan 6 pasu sebab 6 pasu bersamaan dengan RM10. Adik tidak henti-henti membebel sambil angkat 5 jari. Selama ni adik tak pernah berkelakuan pelik sebegitu ,rupa-rupanya adik tak sedap badan, balik dari Cameron Highland seminggu adik sakit  kat rumah, Syukur Alhamdulillah lepas seminggu adik sihat sepenuhnya.Selepas kejadian tu(rasanya tak perlulah mak sebut disini) mak kena pantau pemakanan adik.

Dunia kaktus

Dunia kaktus
Mai nasi ayam sepinggan,kat sini  dah ada daun salad, nyum nyum nyum
anak-anakku
salad butterhead


Lagi  salad butterhead
sebelah kiri salad green coral  ditengah anak-anak aku : ) dan disebelah kanan salad red coral

Statement sama seperti diatas 
Hijau  mata  memandang
    Mak tahu adik tak sihat tapi  muka tu janganlah monyok , lepas ni ajak akak dengan abang main tikam ye : )
 "Mak,  dia tipu,ni kek span tadi dia cakap ni cheese kek." Yuyi Geram. "yuyi , ko jangalah bajet cheese kek secret recipe, tengoklah  reganya pun."
mereka main tikam RM2
Akak , adik  dan  replika buah strawberry .la  la la

lagi  akak , adik  dan  replika buah strawberry .la  la la

Gelikan kaktus ni : )
kaktus kacuk kot

Dalam pukul 12  tengahari kami meninggalkan kaktus valley AKA Taman Agro Tourism menuju ke tempat penginapan kami .Hujan renyai dan cuaca  berkabus tebal  mengiringi  perjalanan kami.













Tarikh : 6 Oktober 2013, Ahad
Lokasi : Gerai MDCH, Cactus Valley, Cameron Highland
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )