Wednesday 30 October 2013

Macam -macam gangguan lausxes

Selalunya, kalau aku  tak bawa bekal makanan dari  rumah  sebelum sampai  ofis aku akan ajak  JLO singgah gerai Karabena PI  beli nasi dan sedikit lauk pauk untuk makan tengahari . Aku suka gerai ni sebab jarang tutup , kalau tutup pun masa raya je,selain banyak pilihan lauk pauk harganya juga murah.Lauk pauknya  takdelah sedap giler tapi bolehlah  buat geli -geli .
JLO suka  mencari cili api di celahan sambal sekiranya  tak berjumpa kentang sambal pun jadi 
MPK tolong ambik perhatian terhadap  cat dinding yang dah mula  terkopek tu : ) 
akak terlampau yang sentiasa menceriakan pagi kami


Antara barangan lain yang menarik perhatian kami :) sedang kami leka  menunggu akak ni mengira secara mental akan jumlah harga makanan ,tiba-tiba kami  terdengar satu bunyi yang kuat datang dari arah belakang  (gedenganggg lebih kurang macam tulah bunyinya)  ."opocottt kalau tengah main ni berterabur lari," seloroh akak tu. Kata -kata yang keluar dari mulut dia  spontan membuat aku  dan JLO  saling berpandangan .Kami bantai gelak

Masa  nak snap gambar dia, aku dah pesan  jangan posing meluc*** sangat. Cepat je dia menjawab."Cakap kat kengkawan ko  semua posing ni masalah negara."  Arghhhh geramnya rasa aku nak tarik je lidah dia masa tu.


Gangguan seksual ada macam -macam , salah satunya gangguan seksual Secara Isyarat

Gangguan secara isyarat atau bukan lisan dinyatakan sebagai perlakuan yang berbentuk pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan tingkah laku mengurat yang berterusan.Buat masa ni aku dengan JLO  belum rasa trauma atau terganggu dengan perbuatan akak ni . Jika pelakunya  lelaki  dah lama kepala dia benjol kena kasut tumit tinggi aku.













Tarikh : 29 Oktober 2013, Selasa

Lokasi : Gerai Karabena PI
Peristiwa : Jalan-jalan cari lauk pauk














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )