Tuesday, 29 October 2013

Daniel

Petang hari Ahad ,,masa aku  tengah berborak dengan yuyi   sambil menyiapkan juadah makan tengahari,firdaus datang merengek-rengek. Aku tanya  apa kes merengek-rengek.  Dia  tanya kenapa  tak bagi nama dia Daniel.Tengok tu soalan aku tak dijawabnya, boleh pulak dia soal aku balik? .Aku dengan yuyi saling berpandangan, Dari rasa nak marah kami  terus bantai gelak. Bila Firdaus tengok kami gelak , dia angin mulut dia terus mengomel -ngomel "nak nama Daniel"  5-6 kali ulang ayat yang sama. 'kulit hitam cam kaplamyanga ada hati nak nama Daniel, kata aku dalam hati" .Mampus kalau bapak Firdaus terbaca statement aku ni. Bila Firdaus  sebut Daniel tetiba  otak  teringat  "Putera Daniel"

Sejujurnya aku memang tak suka dengar orang merungut-rungut /mengomel-ngomel , telinga cepat panas.Anak -anak  faham sangat dengan perangai aku, aku tak suka bising   main jengil-jengil  mata je   dorang  terus tak banyak bunyi. Aku tanya Firdaus kenapa suka sangat  dengan nama "Daniel". Dia kata daniel kat sekolah dia tu rambut cantik perang perang , kulit putih , muka hencem. "Firdaus, kalau macam tu mak  nak tukar nama Maya Karin.Adik  agak-agak muka boleh jadi cantik  cam Maya karin  tak?,"selorohku sambil tergelak -gelak memandang yuyi.


"Adik nama yang best tak melambangkan wajah yang hencem, rambut perang,kulit putih, adik belum jumpa lagi orang nama Daniel tapi muka rupa orang pecah rumah.Apa apa pun dik biar muka kita  buruk  tapi hati biar cantik cantik  dan cantik."


Mohammad Firdaus, nama yang mak bagi tu dah elok dah : )
Semenjak dua menjak ni terror  sungguh adik  makan pedas










Tarikh : 26 Oktober 2013, Sabtu 
Lokasi Waroeng penyet Habour Place, Port Klang
Peristiwa : Jalan-jalan Cari Makan

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang