Tuesday 1 October 2013

berehat sebentar dengan kit kat hurmmm sedapnya

Lately ni kesihatan aku agak tak berapa memuaskan ,kepala & mata  rasa seperti ada tekanan  bila menghadap skrin komputer & tv lama-lama.Aku perlu buat sesuatu bagi mengelak perkara yang tak diingini berlaku. Sekarang ni  jalan yang paling terbaek untuk diri aku ialah  mengurangkan sedikit aktiviti  berblogging dan berfacebook.

Hujung minggu,  hari sabtu aku  habiskan masa  mengajar yuyi buat muffin(tetiba jadi pengajar tidak bertauliah) ,  manakala hari minggu plak temankan dia  beli oven elektrik , bahan-bahan membuat muffin dan  peralatan asas untuk membaking.  Kebetulan dalam minggu ni  semangat membaking  yuyi  membara-bara aku sebagai seorang ibu  kenalah bagi support ye dak.


Muffin coklat chip ni hasil air tangan Yuyi yang  pertama . Excited !!! siap je membaking muffin dia terus mms gambar muffin ni kat aku.



Okeylah aku ada kerja nak buat , cukup sampai setakat ni jelah  dulu .

Pengikut Tegar : )