Wednesday 18 September 2013

Dunia Kidzania antara pro dan kontra...Anakku seorang Chemist,Chef ,Pekerja stesen minyak -PART 2

Bersambung dari cerita di SINI, last minute Firdaus  memilih nak jadi chemist di lifebuoy , ahli farmasi, chef dan pekerja stesen minyak.Port ni memanq tak berapa fofular jadi tak payahlah beratur panjang.

Kami di Lifebuoy komited menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih sihat bermula dengan genarasi muda.ceh ceh wah .Banyak  banyak peluang kerja di sini, Firdaus paling suka kerja  jadi chemist di  lifebuoy .  
Firdaus bertanda anak panah putih berhadapan dengan toink toink musuh ketat kami 
Chef ayam brand.huk huk huk
Ketua chef








Chef tengah tekun mendengar arahan ketua chef




Pizza hasil air tangan Firdaus
Sendiri masak sendiri makan

Pekerja setesen minyak ; excitednya Firdaus nak pam minyak










Sebelum balik singgah lagi ke CIMB bank. Anak boleh buka akaun bank dan dapat kat ATM. Simpan duit kidzos yang lebih dalam bank.

Ko mampu Kad ATM CIMB bank

Gambar kenangan yang diambik oleh KidZania photographer aku beli dengan harga RM50 3 keping
 Firdaus jadi pilot
Firdaus jadi ahli bomba
Firdaus jadi chef
Bihun goreng RM4.50 , harga pop corn nanti aku surveykan .ha ha ha
Sebatang sosej RM5.50
sosej emas
Mereka tak kisah   harga makanan agak mahal tapi kalau boleh  biarlah makanan yang dijual itu mengenyangkan
Firdaus jadi ahli farmasi di Pharmaniaga ,  mereka bagi  sebotol sorong   Vitamin C  -Dengan   bangganya  dia  bagitahu  kitaorang yang  vitamin c tu dia yang buat.kami glurppp telan air liur



Fakta agak  menarik  yang  perlu kita semua tahu sebelum masuk ke KidZania

1)Kanak-kanak boleh menyertai lebih 90 aktiviti di bawah beberapa kategori: di antaranya termasuklah Media,Seni dan Kraf, Peruncitan, Perkhidmatan Awam danPersendirian, Sukan, Makanan dan Minuman, Pembinaan dan banyak lagi.

2)Semua kawasan di KidZania Kuala Lumpur menyediakan laluan bagi memudahkan pergerakan kerusi roda,termasuk pentas lakonan di bahagian teater.

3)Setiap kanak-kanak akan menerima sekeping cek bernilai 50 kidZos apabila masuk ke KidZania Kuala Lumpur. Dengancek ini,  kanak-kanak perlu ke bank untuk membuka akaun dan menerima kidZos secara tunai dan kad ATM. Kanak-kanak boleh menggunakan kidZos ini di semua bahagian di sekitar KidZania Kuala Lumpur dan memperolehi lebih banyak kidZos dengan ‘bekerja’ di pelbagai bahagian. kidZos juga boleh disimpan di dalam akaun bank yang boleh dikeluarkan melalui ATM yang terdapat di sekitar KidZania Kuala Lumpur

4)Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama di dalam semua aktiviti. Bahasa Melayu turut disediakan di sini sekiranya diperlukan. Bagaimanapun, permohonan awal untuk bahasa lain akan dipertimbangkan.

5)Ada sesetengah aktiviti memerlukan syarat minima ketinggian seperti 120cm atau 130cm dan perlu memakai kasut

6)Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh orang dewasa di KidZania melainkan duduk, lapar kemudian isi perut, terkinja-kinya, excited, snap sana snap sini.

7)Cuti umum dan hujung minggu  akan dibuka 2 sesi. Sesi pagi 10am – 3pm. Sesi petang 4pm – 9pm. Setiap sesi 5 jam.Hari biasa *weekday* hanya satu sesi dari 10am – 5pm-7jam

8)KidZania KL adalah taman tema khas untuk kanak-kanak. Syarat ketat ialah orang dewasa hanya boleh masuk KidZania untuk menemani kanak-kanak.Tak boleh masuk tanpa diringi kanak-kanak.


9)Setiap pekerjaan mengambil masa 20 minit untuk disiapkan .Hanya 6 orang dibenarkan membuat sesuatu aktiviti dalam satu masa .Kena tunggu mereka yang tengah buat siap baru 6 orang orang seterusnya boleh dimulakan.Aktiviti yang sentiasa ramai orang ialah ahli bomba, polis, CSI, dentist dan pilot. Masa menunggu sangat lama dan kena beratur panjang. Kadang-kadang sampai lebih sejam beratur!Terutama kalau pergi masa cuti sekolah, cuti umum dan hujung minggu. Jadi sebelum pergi kena rancang,kita kena buat  muka  ketat bagi pihak anak kita yang berumur bawah 8 tahun  sebab kita dikehendaki beratur menunggu giliran untuk anak kita  melakukan sesuatu pekerjaan yang dia hajati.Kita  kena terima hakikat bahawa segelintir babifisifiyalfal ni  memang susah nak nak menerima konsep beratur walau dimana sekalipun  .Dan  mana saje bafabifisifiyalfal  ni suka wat onar.pui pui pui


10) Fizikal dan mental kena kuat sebab kita terpaksa bertembung dengan ahli rombongan cik kiah ke sukan komanwel , rombongan sekolah , tadika serta  taska .Bila dorang datang bergroup 6 orang korang nak buat apa??????  

11) Harga makanan dan minuman boleh tahan mahal jugalah.
Berikut adalah senarai  makanan dan minuman yang dah masuk dalam perut kami serta harganya sekali supaya senang korang menghisab dan mencongak apa yang perlu dicongak. 

a)Sosej anggaran 7  inchi-RM5.50 sebatang -  sebatang sosej ibarat   sebutir peluh ahli peladang ayam 

b)Seamaster water(350ml)-RM3.00 sebotol - setitis air mineral ibarat  sebutir peluh pengorek tanah 

c)Donut cinonet -RM2.00-sila sambung

d)Bihun goreng 3-4 kali suap-RM4.50- sesuap bihun goreng ibarat sebutir peluh pengoreng bihun

e)Ais lemon tea dalam tin-RM8.50 - setitis ais lemon tea ibarat sebutir peluh pengetuk tin

Sampai rumah  baru  teringat yang kami dah menghabiskan dekat nak  RM100  untuk membeli sosej  je belum masuk air mineral, pop corn, donut ciput,dan  bla bla  bla.









Date : 13 September 2013, Jumaat
Lokasi : KidZania Kuala Lumpur
Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )