Tuesday 17 September 2013

Dunia Kidzania antara pro dan kontra...Anakku seorang ahli bomba, Pilot , Paramedic dan polis -PART 1

Tentang impian dan cita-cita. Semua orang  di dunia pasti pernah bercita-cita dan punya  impian . Tanpa pengorbanan dan usaha yang gigih tidak mungkin segala  impian dan cita-cita kita  akan terlaksana. Merealisasikan impian anak-anak,membawa Firdaus ke KidZania merupakan salah  satu impian aku dengan yuyi.Di KidZania ,kanak-kanak boleh menjadi apa sahaja dalam masa satu hari 10.00am to 5.00pm mengikut kehendak mereka. Di sini terdapat 90 jenis pekerjaan contohnya mereka boleh  boleh memilih polis, lawyer,fireman, reporter , pilot , chef dan sebagainya.Mereka juga boleh mengunakan agensi mencari kerja dan dikenakan sebanyak 10kidzos untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian.
Cabaran meneroka dunia KidZania .Kami sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi. Sebelum tu kami ke  kaunter KidZania . Tiket yuyi dah beli siap-siap secara  online.  Selesai pendaftaran kami diberikan tiket  boarding pas,  sebelum masuk  kami dipakaikan  tag khas. 
 
Firdaus diberikan cek 50 kidzos 
Cek 50 kidzos ditukar kepada  duit kidzos.Duit tadi boleh digunakan  untuk membeli barang kecuali(food and beverages) dan ada pekerjaan tertentu yang perlu dibayar.Tapi ada juga pekerjaan yang  kanak-kanak akan  diberikan kidzos sebagai gaji.
Jangan lupa ambik Kidzania city map ground&upper level untuk memudahkan lawatan kita

Inilah bandar KidZania sentiasa bizi dengan aktiviti. Macam tak percaya dalam bangunan ada sebuah bandar .Kita yang dewasa ni excited apatah lagi budak-budak.

 Fire dept  bersebelahan dengan klinik gigi
Dr.gigi sedikit karek,makanya  Firdaus tak nak jadi doktor  gigi : ( 
Puas ku pujuk namun Firdaus tetap  tak berminat  nak jadi cashier dan jurujual
********
Jika  AdultZania  wujud , kamilah jadi  pengunjung pertama yang sampai .
Yuyi  teruja nak jadi ahli bomba 
Kami pasukan bomba sentiasa  komited memberikan perkhidmatan yang terbaek.

First check point Firdaus ke Fire dept  , semangat nak kerja bomba. Firdaus group kedua, estimated waiting  group 2,40 minit
Firdaus khusyuk mendengar taklimat dari pegawai bomba
 
6 anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas menuju ke lokasi kebakaran
 
la rupanya hotel yang terbako.ko mampu???
ahli-ahli   bomba sedang berkerja keras memadam api yang sedang menjilat sebahagian bangunan hotel
yeah yeah kami ahli bomba komited memberi perkhidmatan yang terbaek.Sukanya dia dapat main air nohhh 
Serius memadamkan api
tu dia............. ahli-ahli bomba kita
Firdaus yang bertanda anak panah putih

 Mision completed

Bila mision completed anak anda dapat gaji

********
Hot Section ,beratur panjang ramai sangat yang berminat nak jadi kabin crew dan pilot. Firdaus nak jadi pilot .

Firdaus sanggup beratur panjang asal cita-cita dia nak jadi pilot tercapai
Gambar tak de sebab ibubapa tak dibenarkan masuk masa anak melakukan aktiviti.

 
Akak sentiasa  doakan kejayaan adik : )

Tak dapat jadi pembaca pemberita dapat bergambar depan kontipun jadilah
Ni sorang lagi dapat bergambar depan konti pun jadilah

                                                         ********

K.P.J Specialist Hospital, kami sentiasa komited pada kesejahteraan anda.Di sini pelanggan kami adalah  diutamakan.
Di sini  Firdaus dilatih menjadi seorang ahli  paramedic ,nampak  tak anak bujang aku.  Kita percaya masih ramai paramedic komited dengan tugas mereka.ceh ceh wah



Sepasukan paramedic  dikejarkan  ke tempat kejadian selepas pihak bomba dan penyelemat turut bergegas ke lokasi kemalangan bagi memberi bantuan awal kepada mangsa.





Firdaus memberikan rawatan kecemasan awal  dengan dibantu ketua paramedic. ye ye o je
Anggota paramedic begitu khusyuk mendengar taklimat dari ketua paramedic
Abang salah seorang  anggota paramedic  hanya boleh pandang dan lihat saje gelagat mereka dari jauh
Semangat mereka yang  berkobar-kobar untuk mengujudkan adultzania
Adakah semangat hanya tinggal semangat : (    
 ********


Tetiba Firdaus nak jadi polis. Tak pelah dalam dunia kidZania ,dalam dunia realiti, mak tak bagi ijin  adik  jadi polis. Ingat tu................
Firdaus sedang  menunggu giliran untuk beraksi sebagai polis

Alahai kurusnya polis kidzania.............

Khusyuk mendengar taklimat
Tabik hormat
.Inspektor sahab mera name jokerrrr
 Tugasan pertama ; berjumpa dengan  suspek utama yang sedang mendapat rawatan kecemasan dihospital.ko ado
Tugasan kedua ; menyerbu kedai mesin kuda semakin banyak serbu menyerbu kedai mesin kuda semakin banyak  mesin kuda ujud.
Polis lain sedang bertungkus lumus buat kerja,adik  buat apa plak tu??? ????
yang bestnya  kita  boleh keluar masuk lokap ni sesuka hati









bersambung  part 2....................................








Date : 13 September 2013, Jumaat
Lokasi : KidZania Kuala Lumpur
Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )