Friday, 20 September 2013

Aneka resepi dari daging ; Lamb chops versi makcik tempe AKA cik ina do do cheng

Hujung minggu asyik makan nasi je jemu jugak. Sesekali bertukar selera barat apa salahnya.Ekceli my lamb chops not truly western ~kelas bahasa english ko maria~.Rasa aku nama makanan  Lamb Chops je barat yang lain  dari bahan perap sampai ke aksesori  lamb chops semuanya timur.Wa tak kisah janji wa tak tipu lu olang tapi kalau lu olang lasa wa tatak betul, wa  tak de hal.
Lamb shoulder wa beli kat Jaya Jusco Bukit Tinggi
Bahan -bahan untuk perap lamb shoulder (Anggaran 7 keping lamb shoulder)
1)7 keping lamb shoulder
2)5 cm halia, 1 cm kunyit hidup, 4  ulas bawang putih dan 4 ulas bawang merah-dikisar
2)3 sudu besar Honey
3)4 sudu besar Sos tiram
4)4-5 sudu besar lada hitam kisar
5)1/2 sudu kecil  serbuk  Jintan manis , 1/2  sudu kecil jintan putih dan 1/2   sudu kecil serbuk  ketumbar, 
6)Sedikit kicap cair penganti garam
Cara menyediakannya
1)Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas (Agak-agak muat untuk letak lamb shoulder tu)
2)Masukkan lamb shoulder  ke dalam  bahan perapan tadi  dan gaul sebati
3)Perap lamb shoulder selama 5-6 jam atau semalaman
4)Panggang  lamb atas pan dengan sedikit butter & dengan  api perlahan.Aku bakar guna chefel , CHEFEL  bukan TEFAL  murid -murid sebut betul-betul  ye. Makcik tempe tak mampu lagi beli TEFAL.Kali ni aku bakar guna oven
Bahan-bahan untuk black pepper sauce versi makcik tempe yang pemalas kata resepi lamb chop mudah  : )
1)Saki baki bahan perapan
2)2 tbsp sos tiram
3)2 tbsp sos tomato
4)4 sudu besar lada hitam kisar 
5)2tbsp brown sugar
masak dalam periuk bersama ngan  200-300 ml air hingga agak mendidih.Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan  tepung jagung atau tepung ubi
Lamb chops yang sedia untuk dihidang
1)Lamb chops dihidang dengan black pepper sauce ; standard periuk atas meja : )

2) potato wedges

3) hirisan tomato

4)parutan carrot dicurah dengan (mayonis digaul bersama dengan bawang holand yang dipotong dadu kemudian diperah dengan sedikit  lemon jus)
Siadik dan Siabang tengah menghadap lamb chops.Sedap sangat adik  sampai  tak perasan  mayonis dah  terjelepuk di tepi mulut.















Tarikh : 15 September 2013, Ahad
Lokasi : Rumah Sendiri
Peristiwa : Masak dan makan  dihujung minggu






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang