Thursday 29 August 2013

Tart nenas sedap lagi gebu ; Resepi dari dapur Mat Gebu

Sampai je  rumah petang  semalam Firdaus hulur surat  sekolah kat aku .Setelah baca surat tu aku bagi kat Firdaus suruh dia simpan elok-elok. Surat tu buat otak aku  mula ligat berfikir.Tak tahu nak bagi  Firdaus biskut apa untuk dibawa ke jamuan Hari Raya disekolahnya  pada hari jumaat   nanti . Di rumah aku biskut raya habis licin tak berbaki . Kalau nak diikutkan aku yang tengah sakit peot  serta kerja rumah yang tak pernah habis -habis, malas rasanya nak melayan kemahuan Firdaus cum kemahuan pihak sekolah .Tapi bila mengenangkan itu  permintaan dari seorang anak aku jadi tak keruan.Nasib baik masih ada baki jem nenas bulan lepas jadi  boleh  juga aku usahakan  membuat tart nenas untuk Firdaus bawa ke sekolah.

 Ada program diambang  kemerdekaan dan jamuan hari  raya di sekolah Firdaus pada hari jumaat ni nanti. Setiap murid dikehendaki memakai pakaian kebangsaan serta membawa kuih raya dan bendera kecil
**********
Terima kasih kepada  Mat Gebu @Tiffin Biru kerana sudi berkongsi resepi tart nenas  yang sedap lagi gebus : )

 Aku guna butter SCS
 BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram tepung gandum
4 camca besar tepung jagung
3 camca besar gula aising, diayak
200 gram mentega
1/2 camca teh esen vanilla (cm tambah)
2 kuning telur*
Beberapa titik pewarna kuning makanan (cm tambah)*(*disatukan dan kacau sedikit sampai rata)
Sedikit garam halus (kalau guna mentega salted, tak perlu letak garam)
Inti jem nenas secukupnya (kalau nak buat, boleh rujuk di sini)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula aising dan garam halus (jika guna). Gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Masukkan telur kuning sedikit demi sedikit sambil digaul rata hingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk adunan (ada masa kuning telur tidak habis digunakan). Rehatkan sekejap.
  2. Canai doh antara dua lapisan plastik bersih (tips dari Kak Jee : sapu sedikit minyak pada plastik tadi untuk mengelakkan doh melekat). Canai setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan kuih tart kegemaran anda, dan susuh dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Letakkan inti jem nenas atasnya (gentel2kan inti jem nenas tadi mengikut kesesuian acuan yang anda guna). Buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit. Pusing2kan dulang berisi tart, selepas 10 minit dibakar untuk mendapat kuih yang rata masaknya. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam belas kedap udara..
 Gedik nak letak jem nenas , cukup time aku halau dia tidur
 Aku suka tart nenas tradisioanal, suami aku pulak suka tart gulung.Habis cam mano????
 Biar betik, kus semangat besarnya  jem nenas atas tart tu : )
 Syukur Alhamdulillah,  rezeki untuk Firdaus dan kengkawan serta cikgu cikgi

 Habuan untuk Firdaus
Fresh from farms ; muka orang kena paksa pakai serkup kepala bagi melindungi kepalanya dari terkena hujan  pagi tadi .Entah apa kena dengan  anak aku sorang ni dari kecik sampai ke besar memang tak suka bila  kepala dia diserkup.







Tarikh : 28 Aug 2013 , Rabu
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : projek tart nenas



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )