Wednesday 14 August 2013

Syawal 2013 kami ; Swiss Garden Golf Resort & SPA damai Laut


Entah mengapa setiap kali takbir raya bergema hati ni sebak menanggung rindu pada yang telah tiada. Sebak bila teringat saat-saat kami bersama menyiapkan persiapan terakhir Hari Raya. Maka sebab itulah setiap kali raya aku mengambil keputusan untuk bercuti bersama keluarga  demi untuk meringankan beban kerinduan kepada keluargaku yang telah pergi meninggalkanku buat selama-lamanya. Bukan niat dihati nak lari dari menghadapi kenyataan aku cuma  tak sanggup melukakan hati dan perasaan sendiri.

Cerita pasal tempat penginapan, kami masih memilih Swiss Garden  seperti tahun lepas tapi  raya tahun ni kami memilih  Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut.  Nak buat review memang aku tak reti tapi dari pengalamanku sendiri  yang pernah menginap  dikedua-dua Swiss Garden rasanya  tidak keterlaluan kalau aku katakan Samsara Spa Swiss Garden adalah antara SPA hotel  terbaek yang pernah aku kunjungi .Selain itu antara faktor lain yang menyebabkan swiss garden kembali menjadi pilihan kami adalah kerana  lokasi percutiannya menarik, unik dan jauh dari kesibukan kota dan disana juga menawarkan  pelbagai pilihan restoran antaranya Garden Terrace, The Blossom Chinese Restaurant, The Swiss Deli,The Gayam dan etc

Kami bertolak dari rumah ke Swiss Garden Golf  Resort &SPA Damai Lmut pada pukul 11 pagi.

Kami sampai di Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut lebih kurang pukul 2 petang

Bilik kami, ha ha ha tak sangka aku boleh terlupa nak ambik gambar bilik kami, cuma aku boleh bagitahu yang bilik kami betul-betul menghadap kolam mandi dan pantai
Sampai je terus melayan Firdaus mandi kolam mandi

first time mandi pakai cermin mata apa ke namanya gogel
Kolam mandi  berhadapan dengan private beach
Kami order saje makanan seperti kebiasaan 




Permandangan dari bilik kami 

Garden Terrace Swiss Garden Golf  Resort & SPA Damai Laut


Yuyi melayan Firdaus, aku hanya bersantai-santai  ditepi kolam mandi
Gula-gula hacks dihadapan private beach

Private beach
Walaupun mood hari raya aktiviti  outdoor aktif di sini, gula-gula hack  tidak melepaskan peluang melayan ATV



Bilik kami




Sebelum berangkat pulang ke rumah anak-anak aku sempat bergambar bersama golf cart


The view ; Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut





Tarikh : 7-9 Aug 2013
Lokasi : Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut
Peristiwa : Cuti Hari Raya 2013



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )