Tuesday, 27 August 2013

Sos tomato jangan pandang sepi ; Aneka masakan berasaskan sos tomato

Aku tahu ada segelintir orang di luar sana tak suka  buah tomato , tomato sos, pes tomato waima apa saje yang berkaitan dengan tomato sebab rasanya agak kemasaman dan kureng sedap. Sebenarnya benda  yang  kita rasa masam ,  tak  sedap dan tak lazat  tulah yang baik untuk kesihatan .Selain  baik untuk kesihatan ,ia juge boleh memberi kelainan dari segi rasa jika kita menambah tomato dan  sekutunya  ke dalam masakan kita. 

okey lah murid -muridku semua, buat permulaan  kita berlajar dulu  cara memasak ikan senangin tiga  rasa bila dah mahir  dengan tiga  rasa kita belajar ikan senangin 4 rasa, 5 rasa dan berbagai rasa.Ko ado *ceh ceh wah tetiba je aku  bajet chef @pakar masakan*



Life sos tomato dan sos cili tetap menjadi pujaan hatiku selama-lamanya
Pastikan bahan tumisan dibiarkan pecah minyak dan betul-betul garing

Bahan -bahan untuk membuat ikan senangin 3 rasa(pedas, masam & manis)  (anggaran 4 ekor ikan senangin)

1)Berseh dan perapkan ikan dengan garam dan kunyit kemudian digoreng
2)6 ulas bawang merah- dikisar sederhana halus
3)10 tangkai cili api merah-dikisar halus
4)1/2 biji bawang holand-dihiris
5)3 sudu besar tomato sos
4)garam, gula dan secubit  serbuk perasa 

Cara Memasak

1)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau
2)kemudian masukkan cili api kisar  dan biarkan garing seketika
3)Masukkan tomato sos diikuti dengan 100ml air -biar agak mendidih 
4)Akhir sekali masukkan garam, gula dan secubit serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa.
5)Bila dah masak , angkat dan siramkan sos pedas masam manis  tadi ke atas ikan senangin goreng


Ikan senangin 3 rasa


Saper rindu kat Firdaus angkat tangan????.tamakkan minum air kosong sampai dua tapeware(bukan jenama tupperware ye) arwah mak aku dulu segala mangkuk hayun dan  semua bekas makanan dan minuman dia panggil tupperware








Tarikh : 17 Aug 2013, Sabtu
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang