Thursday, 22 August 2013

SMS dan top 10 Nasi goreng cina




Rutin harian aku  sepanjang hari berkerja sejak Firdaus tinggal di rumah , lepas je dia balik sekolah kami  berbalas sms . Aku salute  Firdaus ni, walaupun  baru berumur 8 tahun dia dah boleh menghantar  dan membalas sms mengunakan ejaan penuh dan langsung tidak mengunakan  perkataan  short form .*matik puji anak sendiri*Aku syak dia tahu mak nya   tak reti baca short form .  Kadang-kadang tu aku boleh gelak sorang-sorang bila teringat balik sms yang pernah Firdaus hantar. Dalam banyak-banyak sms yang dia hantar ,  smsnya  dua hari lepas yang paling kelakar.

SMS antara aku dengan Firdaus : 

Firdaus :  Mak, saya baru sampai .Semua okey


Aku@Mak : Okeylah, salin  baju seragam sekolah kemudian  gantung kat hanger.Lepas  tu mandi kemudian makan ye.

Firdaus : Okey mak

Aku terus  sambung kerja dulu .Selang setengah Jam dia sms aku lagi.

Firdaus : Mak saya tengah mandi

Aku@mak : Tengah mandi Firdaus boleh SMS?

Firdaus : Mak, boleh Firdaus tahu  SMS tu apa?

Aku bantai gelak.Ya Allah tuhanku. Sepatutnya  aku kena terangkan kat dia dulu mengenai SMS sebelum rancak berbalas sms dengan dia .Sejujurnya, aku spesis yang tak suka berbalas sms  . Entahlah ..macam bodoh je aku rasa bila orang lambat reply atau tak reply sms aku sebab tulah aku prefer  call daripada bersms, lagilah whatsap, wechat whatever memang aku tak berapa reti lagipun  handphone aku tak canggih  jadi tak de aplikasi tu semua. Tapi sejak Firdaus tinggal sorang kat rumah ni aku rajin  berbalas sms dengan busyuk masam  tu. Saje aku bersms bagai supaya di boleh improve dia punya  skill  bahasa Malaysia .

Amboi sejak duduk rumah ni dia main order je apa nak makan.Dua hari lepas dia request nak makan nasi goreng cina,jadi ikutkan jelah

 
 Hirisan kacang buncis, hirisan bawang holand dan bawang putih cincang
 Bahan-bahannya
1)Gaul sekata  nasi  sejuk bersama  sedikit garam 
2)1/2 biji bawang holand-dihiris
3)4 ulas bawang putih-dicincang 
4)6 biji fish ball-dibelah tiga dan dihiris nipis
5)Sekeping dada ayam-dihiris  kecil 
6)6 batang kacang buncis-dibersehkan dan dihiris  nipis
7)3  biji telur 
8)Minyak dicampurkan dengan sedikit  minyak bijan untuk menumis
9)beberapa titis kicap cair dan lada hitam berperisa Aji -Shio
Hirisan isi ayam dan hirisan fishball
 
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang holand  dan bawang putih cincang sehingga naik bau
2)Masukkan hirisan ayam dan kacau sehingga separuh masak  .Ketepikan ayam tadi  ditepi kuali
3)masukkan hirisan fishball-kacau sekejap
4)masukkan hirisan kacang buncis dan goreng sehingga separuh empuk
5)pecahkan dua biji telur dan kacau sehingga garing sepenuhnya
6)Masukkan nasi sejuk-Gaul rata dan tekan nasi supaya tidak berketul-ketul 
7)Akhir sekali perasakan dengan kicap cair dan lada hitam berperisa aji-shio
8)Sebelum diangkat renjiskan dengan sedikit minyak bijan

Masa menumis guna api sederhana dan sentiasa dikacau

Kalau suka boleh layan nasi goreng cina  bersama kicap cili (Hirisan cili api plus kicap cair) 


Nasi goreng cina feveret Firdaus



















Tarikh : 20 Aug 2013, Selasa
Lokasi : Rumah Sendiri
Peristiwa : Juadah  makan malam



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .


Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang