Thursday 22 August 2013

Roti paratha jenama kawan sedap dicicah dengan kuah kari ikan kembung tanpa santan.perghhhh

Entah apa yang bermain di fikiran Firdaus sehingga dia sanggup memilih untuk tinggal berseorangan  di rumah daripada tinggal rumah pengasuh. Pada mulanya aku agak cuak juga tapi bila dah hampir dua minggu tinggal  berseorangan di rumah,dia  nampak macam okey .Aku tawakal je.Disebabkan Firdaus memilih untuk tinggal di rumah secara otomatik rutin harian aku berubah. Mulai sekarang aku kena masak lauk dengan nasi sebelum pergi kerja. Aku percaya semuanya ada sebab musabab dan  hikmah tertentu yang pastinya membawa kebaikan untuk  semua  terutamanya pada aku.wink wink wink  InsyaAllah setiap hari aku boleh bawak bekal  nasi dengan lauk ke tempat kerja.


Bahan-bahan untuk membuat kari ikan kembung tanpa santan(Anggaran 8 ekor ikan kembung)

1)3 ulas bawang putih , 5 ulas bawang merah dan 2 cm halia -dikisar kering
2) sedikit halba  campur
3)setangkai daun kari
4)6 sudu besar rempah kari ikan-dibancuh dengan sedikit  air
5)Lebih kurang 800ml air asam jawa sederhana pekat
6)Garam , sedikit serbuk perasa dan gula

 8 ekor ikan kembung dibersehkan dan digaram kunyit
 Lebih kurang 10 batang kacang bendi muda

 Cara-cara menyediakannya

1)Panaskan minyak dan tumiskan rempah kari diikuti dengan halba campur sehingga naik bau
2)Tumis bahan kisar sehingga naik bau
3)Tumis rempah kari sehingga pecah minyak
Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau
4)Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih
5)Masukkan kacang bendi dan biarkan sehingga separuh empuk
6)Masukkan ikan kembung secara perlahan-lahan -Jangan kacau kuat-kuat nanti hancur pulak ikan tu
7)Akhir sekali perasakan dengan garam , sesudu kecil gula dan sedikit serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa.
Kari ikan kembung tanpa santan  
 Sepinggan kari ian kembung tanpa santan jeng jeng 
Kalau rasa tak pandai buat roti canai beli  je roti paratha segera jenama kawan.Sedap.
 
ko ado kuali macam ni.*edisi riak*
Roti paratha segera sedap  dicicah dengan sebarang jenis kari




Tarikh : 19 Aug 2013, Isnin
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )