Wednesday, 28 August 2013

Fresh from farms ; Aneka masakan berasaskan tomato

Bertemu kita sekali lagi dalam aneka masakan yang  berasaskan  tomato. Hari ni aku nak kongsi  satu resepi ikan selar masak kicap  yang salah satu bahannya  tomato. Tomatonya tak delah banyak mana pun ia boleh diumpamakan seperti tomato sebiji riuh sekampung. pui pui pui. Aiman tak  kisah( opss tersedak -sedak anak  kak Chik Ella di sana ampun  kak chik)    janji  resepi  ikan selar kicap  yang makcik nak tepek ni baru keluar dari oben.....mintak ketepi sikit panas niiiii. 

Bahan-bahan (anggaran 6 ekor ikan selar sederhana besar)

Aiman tak kisah walau  macam mana cara sekalipun ikan selar itu disiang  tapi  kalau  boleh  buangkanlah  ridip pada bahagian ekor ikan  agar penampilannya tampak lebih rapi : )
ikan selar yang telah dirapikan : )
1)sebiji bawang Holand, 4 ulas bawang putih-dihiris
2)5-7 biji cili api dan 3 biji cili merah (dibelah dua)
3)2cm halia-dihiris bulat-bulat
4)sebatang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang  dan sedikit buah pelaga
5)sebiji tomato-dibelah 6 ko ado
6)3 sudu besar sos cili LIFE
7)sesudu besar kicap pekat
8)dua sudu besar lada hitam kisar
9)kicap kipas udang lemak manis(anggaran sesuka hati tapi janganlah sampai 1/2 botol kicap korang tuang)
10)Lebih kurang 200ml air, kalau nak kuah kicap banyak boleh tambah air  tapi jangan sampai terlalu cair

5)Ikan selar  dibersehkan dan digaram kunyit kemudian digoreng
Cara Memasak

1)Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau
2)Tumis hingga layu dan naik bau  ,tomato, hirisan halia bawang putih, bawang besar ,cili api dan cili besar 
3)Tumiskan sos cili sekejap kemudian masukkan  kicap  kipas udang lemak manis diikuti dengan kicap pekat air dan 200ml air -kacau dan biar agak mendidih 
4)Akhir sekali masukkan lada hitam kisar.Pandai-pandailah seimbangkan rasa.
5)Bila dah masak , angkat dan siramkan kuah kicap ke atas ikan selar goreng tadi
ikan selar masak kicap
Fresh from farms ;Firdaus sedang bersarapan di rumah pagi tadi  sebelum ke sekolah









Tarikh : 28 August 2013, Rabu

Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan tengahari





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang