Friday, 23 August 2013

FACEBOOK

Maaflah pada jiran -jiran aku yang buat open house this weekend , schedule aku dah  full. Masuk hari ni je  5 -6 rumah jemput aku open house  *cakap sambil asah kuku*   bestnya pergi open house lagilah open house rumah orang kaya.  Jahatkan aku nak pergi open house rumah orang kaya je. *cakap  sambal pintal rambut*. Aku ni cakap je berdegung degang tapi nanti sampai tarikh open housenya aku tak pegi pun.


Dizaman teknologi serba canggih laman sosial  memainkan peranan penting dalam kehidupan kita sekarang ni. Facebook  adalah salah satu laman sosial yang paling popular.Saper yang ada   facebook angkat tangan. Haishhhh ramainya yang ada facebook. Bercakap pasal facebook aku teringat kat yuyi. Aku lupa nak bagitahu satu benda, yuyi pun ada  facebook cuma jarang update je dan dia  suka offline chat. Semua  Gambar dia kat facebook dia privatekan. Kalau nak tunggu dia update status atau tukar gambar profile facebook memang boleh sampai kucing bertanduk. Tapi baru-baru ni entah kenapa tah tetiba je dia tergerak nak tukar gambar profile facebook. Baru saje  anak aku  nak  bergumbira dengan gambar profilenya  yang baru tetiba plak ada mangkuk hayun sesat dari mana  bertanya samada handbag dia original atau klon. Kasihan aku tengok kawan anak aku ni, main redah je .Aku kenal anak aku, dia bukan jenis yang suka melayan pertanyaan sebegitu dan dia  juge tidak begitu gemar bercerita hal  peribadi . Dia tanya  aku penting ke  nak bagitahu kat semua orang barang yang dia beli original atau klon???

Kadangkala aku sendiri tak faham dengan keranah manusia  dibawah

1)Sibuk nak tahu orang beli hangbag  original atau klon
2)Sibuk nak tahu orang beli handphone  cash atau hutang, kalau hutang   ko  boleh tolong bayar hutang dia ke?.


Pesan arwah mak aku , bila bertandang ke  rumah orang  sila beri salam hormatilah tuan rumah .Tetamu  yang datang kita layan dengan baik  tapi kalau tetamu biadap macam mane tuan rumah nak respek.  



Budak dizaman teknologi serba canggih sekarang ni, melecet sikit boleh jadi haru biru dibuatnya
budak yang sedang menahan sakit 
Bak kata arwah ayah aku macam kaplamyanga, minum sebotol tapi mabuk macam minum 10 botol.Jangan tanya aku kat mana arwah ayah aku dapat perumpamaan itu.
Immediately , yuyi singgah farmasi beli cream dan penampal luka. Bak kata arwah ayah aku lagi,alah jauh dari perut. Haishhhh budak -budak sekarang pantang melecet sikit : ) Yuyi masa kecik dulu tak de pulak macam Firdaus. 
Selepas tempat melecet ditampal dengan opsite post barulah hati Firdaus lega.
Dizaman teknologi yang serba canggih seperti sekarang ni makan tidak lagi  menjadi keutamaan : ) 
Tunggulah Firdaus besar sikit mesti 24 jam berkepit dengan hp
Cuba belajar  minum air kosong???
Tomyam seafood
beancurd sizzling
Daging black pepper
Tetiba je Firdaus bertukar selera kepada nasi goreng pattaya.
Butter prawn yang kurang menjadi, boleh buat stok geli-geli, bak kata yuyi
Ayam lemon


tuan hp sedang mengajar anak muridnya cara mengunakan hp
Apasal gula-gula hacks nampak putih semacam dalam gambar ni: )



Tarikh : 16 Aug 2013, Jumaat
Lokasi : Harbour Place, Thai Salam
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang