Dalam bulan puasa selalunya aku akan bangun lebih awal setiap hari untuk menyediakan juadah bersahur . Pilihan menu bersahur aku ikut mood , kalau rajin aku akan sediakan dua hidangan iaitu sambal ikan atau ayam tak pun sardin goreng dan sayur goreng . Paling malas sekali pun aku akan buat nasi goreng . Untuk berbuka aku hanya beli di pasar ramadhan berdekatan dengan rumah terutama pada hari bekerja. Aku akan memasak sendiri juadah berbuka bila ada kesempatan pada hujung minggu.
Bahan untuk perap ayam panggang ; Bahan kisar, gula merah dan cili kisar
Hidangan kedua sayur kacang buncis goreng
Bahan-bahan untuk perap ayam seekor
1)1 cm kunyit hidup
2)5 ulas bawang merah
3)4 ulas bawang putih
4)2cm halia semua bahan dikisar
5)4 sudu besar cili kisar
6)santan dari sebiji kelapa
7)6 helai daun limau purut
8)3 batang serai -dititik 9
9) sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Cara meyediakannya
1)Perap ayam dengan semua bahan
2))Biarkan selama satu jam-Perap lebih lama akan meninggalkan rasa yang lebih enak
3) Apabila selesai diperap pangganglah ayam hingga masak
Bahan-bahan untuk sos pencicah
Tarikh : 10 July 2013 , Rabu1)1 cm kunyit hidup
2)5 ulas bawang merah
3)4 ulas bawang putih
4)2cm halia semua bahan dikisar
5)4 sudu besar cili kisar
6)santan dari sebiji kelapa
7)6 helai daun limau purut
8)3 batang serai -dititik 9
9) sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Cara meyediakannya
1)Perap ayam dengan semua bahan
2))Biarkan selama satu jam-Perap lebih lama akan meninggalkan rasa yang lebih enak
3) Apabila selesai diperap pangganglah ayam hingga masak
Bahan-bahan untuk sos pencicah
1)6 biji cili besar merah
2)2 ulas bawang putih
3)1/2 inchi halia
semua bahan dikisar halus
Cara menyediakannya
1)Masak bahan kisar bersama dengan 200 ml air-kacau sentiasa dan biar agak mendidih
guna api sederhana
2) Masukkan sesudu besar cuka untuk memberi rasa masam pada sos
3)Masukkan gula dan sedikit serbuk perasa .Pandai-pandailah seimbangkan rasa
3)Masukkan gula dan sedikit serbuk perasa .Pandai-pandailah seimbangkan rasa
4)Pekatkan sos pencicah dengan sesudu kecil bancuhan tepung jagung atau tepung ubi
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak
ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis
nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini
merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .