Monday 22 July 2013

Resepi ketam black pepper baik punya -menu buka puasa

 
Rasa macam dah lama tak masak  ketam kat rumah ni. Dalam ramai-ramai anak aku yuyi yang paling suka makan ketam. Kalau kitaorang  makan di restoran seafood dia tak pernah miss  order ketam.Aku pulak sampai sekarang tak berapa pandai  makan ketam sekali dengan nasi . Bagi aku ketam bukanlah lauk ia hanyalah kudap-kudapan selepas makan nasi

Minggu lepas hari khamis masa  aku pergi beli ikan  kat kedai acheh aku ternampak ketam. Aku belek -belek, nampak fresh ketam tu .Terus aku  suruh pekerja tu  timbang  6 & 7 ekor  ketam yang bersize agak besar dan berat. Aku dah set dalam otak aku ketam black pepper yummy .


6-7 ekor ketam bunga

Bahan-bahannya
1)ketam disiang (yang mana patut) kemudian dibersehkan dan dibelah dua
kalau boleh ketukkan  sedikit bahagian kaki ketam yang besar dan agak keras .
2)halia sebesar ibu jari -dihiris bulat-bulat
3)sebiji bawang besar holand-dihiris bulat-bulat
4)5-6 ulas bawang putih-diketuk dan di buang kulit
5)3-4sudu besar lada hitam kisar
6)3 sudu besar sos tiram
7)5-6 besar sos cili
8)300 ml air
9) 2 tangkai   daun bawang  dan setangkai  daun sup  -dihiris

Cara menyediakannya

1)Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan  hiris hingga naik  bau
2)Tumiskan sos tiram diikuti dengan sos cili-kacau sekejap
3)Masukkan ketam diikuti dengan  lada hitam kisar (tutup kuali dan kacau  sekejap-sekejap hingga ketam masak)
4)Masukkan air dan kacau  sekejap
5) Sebelum diangkat taburkan hirisan daun bawang dan daun sup

Pastikan guna api sederhana semasa menumis





Ketam black papper baik punya










Tarikh : 18 July 2013, Khamis
Lokasi : rumah
Peristiwa : Menu berbuka puasa

Pengikut Tegar : )