Wednesday, 24 July 2013

Lada hitam baik untuk memanaskan badan ; timun baik untuk menyejukkan badan ; masakan panas dan sejuk untuk sahur

Elok bebeno kalau kita cuba seimbangkan masakan yang bersifat panas dengan makanan  yang bersifat sejuk.Seperti pasangan suami isteri seorang lagi sifat panas seorang lagi sifat sejuk. bila tinggal serumah   pandai-pandailah seimbangkan dengan rasa syukur agar rumahtangga yang dibina merasa  aman tenteram selama-lamanya   *mata ke atas tangan ke dada  tetiba je semangat ustazah Siti Nor bahyah semanis kurma meresap dalam diriku*

Hai, adik-adik semua  masakan bersifat panas kita hari ni adalah ayam masak kicap manakala timun masak taucu pula mewakili makanan bersifat sejuk.
Bahan-bahan untuk membuat ayam masak kicap(1/2 ekor)

1)Ayam  dibersehkan, digoreng separuh masak dan ketepikan
2)sebatang kayu manis,dua kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga dan 2-3 kuntum cengkih
2)1 labu bawang holland -dihiris bulat-bulat
3)3 ulas bawang putih-dhiris
4)2 cm halia dihiris bulat-bulat
5)4 biji cili besar dibelah dua
6) 4 biji cili api-dibelah dua
7)2 sudu besar lada hitam kisar

Bahan kuah kicap

1)4 sudu besar sos cili
2 3 sudu besar  kicap pekat
3)5-6 sudu besar kicap kipas udang-lemak manis
4)300ml air

Cara menyediakannya

1)Panaskan minyak dan  tumiskan kayu manis , buah pelaga, bunga lawang dan cengkih
2)Tumiskan bahan hiris hingga naik bau
3)Tumis cili merah dan cili api hingga layu
4)Tumiskan sos cili, kicap kipas udang dan kicap pekat diikuti dengan lada hitam kisar
5)Masukkan air-biar agak mendidih
6)Akhir sekali masukkan ayam yang dah digoreng tadi-kacau sekejap dan kemudian  angkat

Masa menumis guna api sederhana dan sentiasa kacau


 Bahan-bahan untuk membuat timun masak taucu

1)sebiji timun size besar-dibersehkan , dibelah empat dan dihiris nipis
2)sejemput udang kering-dibasuh  dan dituskan
2)2 sudu besar taucu cap bilal
3)4 ulas bawang putih -dikupas dan cincang
4)sebiji cili besar-dihiris halus
5)Kalau suka boleh pecahkan sebiji telur

Cara menyediakannya

1)Tumis bawang cincang , bila agak garing masukkan udang kering diikuti dengan taucu
2)Tumis taucu hingga naik bau
3)Pecahkan sebiji telur -kacau hingga telur agak garing
4)Masukkan hirisan timun-kacau rata dan tutup kuali.Masak dengan api sederhana hingga timun empuk(tambah sedikit lagi air jika perlu)
5)Seimbangkan rasa garam.


Timun masak  taucu tanpa telur
timun masak taucu dengan telur













Tarikh : 20 July 2013, Sabtu
Lokasi : Rumah
Peristiwa Juadah sahur











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang