Sunday, 28 July 2013

juadah sahur ; langkah demi langkah membuat kari ayam kampung


Petang semalam masa aku pergi   pasar tani cum pasar malam kat area rumah yuyi aku tejumpa orang jual ayam  kampung  dan ayam daging biasa , aku beli  sekali terus   dua jenis ayam. Aku  ni pantang sikit jumpa ayam kampung  mesti nak  beli. Mulanya sahur pagi tadi  aku cadang nak masak  ayam daging dulu  tapi bila otak asyik teringat ayam kampung terus aku batalkan cadangan tu. Bila teringat ayam kampung tekak ni mulalah teringin nak makan kari ayam kampung atau rendang ayam kampung .Tapi tak kan lah subuh subuh sapie nak merendang ayam  kampung nanti nampak sangat macam aku buang tabiat.Jadi aku masak jelah kari.

Bahan  untuk memasak kari ayam kampung(Anggaran seekor ayam)
1)dua biji kentang -dibelah 4
bahan tumis
2)daun kari
3)sedikit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
4)7 ulas bawang merah,5 ulas bawang putih dan 1cm halia -dikisar kering
5)6 sudu besar rempah kari daging -(dibancuh dengan sedikit air)
6)Seekor ayam kampung-dibasuh berseh dan digaram kunyit
7)800 ml santan-santan dari 1/2 biji kelapa
8)Garam dan secubit serbuk perasa jika suka
9)sekeping asam keping

Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau
2)Tumis bancuhan rempah kari sampai pecah minyak
3)kecutkan ayam kampung dengan rempah
4)Masukkan santan diikuti dengan kentang-Masak hingga ayam dan kentang empuk
5)Masukkan garam, asam keping dan secubit serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa
kari ayam kampung




Tarikh : 28 July 2013, Ahad
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Juadah sahur




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang