Friday, 5 July 2013

Hari Raya dah kelihatan di mata kanak-kanak ; Bercakap dari hati InsyaAllah jatuh dihati, sebaknya rasa hati

Semalam aku mc sebab night sickness cum morning sickness gara-gara premenstrual stress syndrome (PMS)  yang amat teruk.  Ko mampu dah beranak pinak tapi masih mengalami PMS? Small matterlah, ia dah menjadi rutin setiap bulan aku . Sekadar pesanan untuk diri sendiri dan  semua, Allah SWT tak akan  menguji hambanya diluar batas kemampuan hambanya. Pahit, manis ,masin, masam hidup ,itu semua dah menjadi sebahagian dari episod  hidup  yang telah kita lalui. Pengalaman banyak mengajar kita untuk  lebih menghargai kehidupan kita  seterusnya.InsyaAllah. Hidup yang indah ni tak payah nak dicomplicatedkan.

I try did my part, rasa tak larat sangat  nak pergi kerja aku ambik je MC tak pun AL.Aku ni bagus,walapun sedang kaw kaw  sengugut  memasak  untuk keluarga tetap keutamaan aku .Seperti yang korang sedia maklum , aku jarang  puji diri sendiri tapi bila sesekali aku puji  diri sendiri korang kena redho sila berlapang dada dan jangan ada rasa sebak didada  pulak :(

Setelah  menala  2-3 biji painkkiller, sakit mula berkurangan,  dalam pukul 11.30 aku mula beraksi didapur dengan menu ikan cencaru bakar ala-ala  goreng  dan sotong goreng kicap. Lepas masak,  aku merehatkan diri sekejap sementara menunggu sibusyuk masam  balik  sekolah. Dalam pukul 4.30 petang aku ajak dia temankan aku ke klinik. Kebetulan semalam ada pasar malam kat  depan klinik, aku singgahlah sekali beli  kudap-kudapan untuk malam tu. Dengan hanya  RM20 yang tinggal dalam purse ,aku  hanya  dapat merembat  15 cucuk sate(kalau tak silap aku) bersama  seketul nasi himpit yang  menjadi idaman  Firdaus dan 5 ketul  popia goreng kefli idaman aku manakala baki RM8 aku beli cd cute kartun.ko mampu????????


RM11 zaman sekarang


Firdaus dengan muka gembira  tanpa  rasa bersalah : mak ni makanan hari raya  ke?(sambil menyuap nasi himpit ke mulutnya)
Aku : Mana boleh simpan sampai hari raya nanti basilah.
Firdaus : simpanlah dalam peti ais nanti tak basi
Aku terus membayangkan rupa nasi himpit  semalam tersimpan selama sebulan dalam peti ais. Biasalah kanak-kanak ni , bagi mereka  Masa  Hari  Rayalah yang paling seronok sebab boleh makan  bermacam-macam juadah dan dapat duit raya .









Tarikh : 5 July 2013, Jumaat
Lokasi : Rumahku syurgaku
Peristiwa : PMS, jalan-jalan pasar malam

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang