Sunday 14 July 2013

Bulan Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan dimana beribu riban unik visitor berkunjung ke blog masakan

Blog yang hampir  50% dari entrynya  berkisar tentang masakan , resepi  InsyaAllah akan sentiasa mendapat sambutan dan kunjungan pada setiap kali bulan Ramadhan . Tak terkecuali blog aku. Bulan ramadhan adalah bulan dimana  aku tidak perlu berhempas pulas untuk mengupdate blog sendu sedan  ni kerana setiap kali bulan ramadhan blog ni dikunjungi  lebih dari 1000 unik visitor sehari ,Alhamdulillah syukur ke hadrat  ilahi kerana limpah kurnianya .Kasihannya , baru 1000 lebih unik visitor dah sibuk nak canang kat orang.Saper nak canang  kalau sendiri tak canang ye. dak.la la la la .  Saper yang rasa blog dia dah femes tak payahlah cebek blog makcik tempe .Haishh, bila dah lama tak update blog nak memulakan ayat pun terasa kekok. Sebenarnya banyak benda yang nak aku coretkan cuma tak tahu nak mula dari mana. Rasa macam dah lama je aku tinggalkan blog ni...

 Demi menunaikan permintaan kak limah yang mahu melihat jejaka idaman yuyi Atas permintaan kak limah, aku tepekkan gambar yuyi bersama dengan beberapa jejaka idamannya.Sila tengok puas-puas.















Okey setakat ni je kak limah , aku tak boleh tepek lebih -lebih ni blog aku bukan blog anak aku ye dak.
 
Sebelum Yuyi berangkat ke sdyney pada 2 July dia telah  menghabiskan masa berkualiti bersama-sama  kami dengan menonton movie monster University di MBO Harbour Place pada 28 June. Dia juge berjanji akan membawa  Firdaus  menonton Despicable me sekembalinya dia dari Sydney.

Janji telah dikota ;   pada 10 July , yuyi telah membawa  kami  menonton  movie Despicable me di MBO Harbour place.

Rindu dengan  Jaya  Jusco agaknya , pada 11 July  yuyi mengajak aku berfoot massage di Jaya Jusco Bukit tinggi
 Pertama kali  menyerah kaki di pusat urut kaki di Jaya jusco bukit tinggi ni aku terus jatuh cinta dan sekarang  sebulan sekali mahu aku  menyerahkan kaki di sini.
Gula-gula hacks sedang leka melihat tukang urut yang cantik dan seksi terdiri dari china girl  yang sedang melakukan urutan kaki kami
Sebelum tukang urut melakukan urutan  ke atas kaki kami , mereka terlebih dahulu merendam kaki kami dengan  air garam, aku agak je.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )